×
×
Bahasa Melayu English (UK) Chinese

 

Fakulti Teknologi Kejuruteraan

UR6582001 - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pembinaan Bangunan Dengan Kepujian

UR6582001 - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pembinaan Bangunan Dengan Kepujian
Program ini merupakan kombinasi dari pelbagai bidang seperti teknologi dan kaedah pembinaan bangunan, teknologi perkhidmatan bangunan, pengurusan kualiti projek, pengurusan projek pembinaan, pengurusan keselamatan, kesihatan dan pengurusan persekitaran, anggaran penilaian pembinaan dan perolehan, pengurusan sisa perobohan binaan, keperluan perundangan pembinaan dan sebagainya. Kursus ini dibentuk selaras dengan persekitaran industri pembinaan yang terkini dan memberi penekanan serta pendedahan kepada sistem teknologi pembinaan bangunan pada masa kini.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

•Pengurus Projek
•Ahli Perkhidmatan Teknologi
•Penyelaras /Koordinator Projek
•Penyelia Projek
•Usahawan (Kontraktor, Pemaju)
•Pemeriksa Projek Pembinaan
•Lain-lain bidang kerjaya yang berkaitan.