×
×
Bahasa Melayu English (UK) Chinese

Latar Belakang

Latar Belakang

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ditubuhkan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada 25 Julai 2001. Penubuhan UniMAP bertujuan untuk melahirkan jurutera berkemahiran tinggi dan kompeten bagi memenuhi dan menyokong Pelan Perindustian Negara.

Aktiviti pembangunan kurikulum, pembangunan fizikal dan pengambilan staf bermula selepas perlantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor pada 16 Februari 2002. UniMAP mula beroperasi di kampus sementara di Kubang Gajah, Arau, Perlis pada 1 Februari 2007. Manakala pengambilan pelajar pertama seramai 116 orang bagi sesi akademik 2002/2003 dibuat pada 20 Jun 2002.

UniMAP melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan akreditasi EAC-BEM untuk menghasilkan jurutera yang berkebolehan dan mampu mengaplikasikan sebarang konsep teori. Program akademik UniMAP adalah berasaskan sekitar 80% pengajaran dalam bentuk teori dan 20% praktikal. Kurikulum yang disediakan telah direkabentuk agar ia setara dengan mana-mana program kejuruteraan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.

Kampus tetap UniMAP adalah di Pauh seluas 1050 ekar dan di Sungai Chuchuh seluas 300 ekar dan masih di peringkat pembangunan. Namun terdapat beberapa Jabatan dan Pusat Pengajian yang terlah beroperasi penuh di Kampus Pauh Putra antaranya adalah Jabatan Perpustakaan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik, Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer & Perhubungan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik dan Institut Matematik Kejuruteraan.


Maklumat lanjut, sila hubungi:

Pusat Komunikasi Korporat
Nur Azizah Binti Hasnin
Pegawai Perhubungan Awam
Email : azizahhasnin@unimap.edu.my

Tarikh Kemaskini: 17 November 2020