×
×
Bahasa Melayu English (UK) Chinese

Notice: Undefined offset: 1 in /home/web2016/public_html/libraries/quix/app/drivers/joomla/partials/quix-render-item.php on line 194

Lokasi UniMAP

Lokasi UniMAP

Di mana letaknya UniMAP ?
UniMAP terletak di Perlis. Negeri terkecil di Malaysia, Perlis terletak di bahagian utara pantai barat Semenanjung Malaysia di mana Satun dan Wilayah Songkhla Thailand di sempadan utara. Ia bersempadan dengan negeri Kedah ke selatan. Negeri yang menyenangkan ini mempunyai lebih kurang 230,000 orang penduduk yang terdiri daripada Melayu (majoriti), Cina dan India.

Ibu negeri Perlis adalah Kangar, manakala bandar diraja merupakan Bandar Arau. Padang Besar, salah satu pintu masuk ke Malaysia melalui Thailand, adalah kira-kira 30 minit pemanduan dari Kangar. Pelabuhan utama dan terminal feri terletak di Kuala Perlis, menghubungkan ke pulau yang terkenal, Pulau Langkawi. Lebih kurang 2.5 jam ke selatan terletak Pulau Pinang, manakala bandar metropolitan Kuala Lumpur terletak kira-kira 6 jam perjalanan dengan kereta (atau 40 minit melalui udara).

Perlis adalah lokasi yang ideal untuk kajian kerana suasana yang tenang, daya tarikan kedesaan dan aman kehijauan. Kebanyakkan rakyat Perlis mengamalkan cara hidup yang ringkas dan sederhana. Dikenali sebagai tempat untuk melarikan diri dari hiruk-pikuk kehidupan bandar, Perlis menawarkan persekitaran yang sempurna untuk satu perkara yang amat diperlukan dalam usaha untuk berjaya terutama dalam bidang akademik.

 

KOORDINAT UniMAP

Bangunan KWSP - 6ᵒ 26’ 55’’N  100ᵒ 11’ 34’’E

Kampus Alam ( Pauh) - 6ᵒ 27’55’’N  100ᵒ 11’ 34’’E

Kubang Gajah - 6ᵒ 26 ’50’’N  100ᵒ 14’ 41’’E

uniCiti - 6ᵒ 38’ 58’’N  100ᵒ 15’ 28’’E

Kuala Perlis - 6ᵒ 23’ 48’’N  100ᵒ 8’ 43’’E

Seriab - 6ᵒ 24’ 44’’N  100ᵒ 11’ 3’’E

Wang Ulu - 6ᵒ 27’ 45’’N  100ᵒ 9’ 25’’E

Agrotek ( Padang Besar) - 6ᵒ 39’ 12’’N  100ᵒ 15’ 40’’E


Maklumat lanjut, sila hubungi:

Pusat Komunikasi Korporat
Nur Azizah Binti Hasnin
Pegawai Perhubungan Awam
Email : azizahhasnin@unimap.edu.my

Tarikh Kemaskini: 17 November 2020