×
Bahasa Melayu English (UK) Chinese

UniMAP@Beijing

Pejabat Pengurusan UniMAP@Beijing

Objektif

Pejabat Pengurusan UniMAP@Beijing bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan UniMAP di peringkat antarabangsa, khususnya di China. Objektif utama pejabat ini adalah seperti berikut:

  1. Penyelarasan Aktiviti Akademik dan Mobiliti
    • Menyelaraskan aktiviti akademik dan program mobiliti di UniMAP melalui platform MyEdu.
  2. Kelancaran Program Akademik
    • Melancarkan perjalanan program akademik (seperti program ijazah berkembar) yang ditawarkan di China.
  3. Peningkatan Kesedaran dan Promosi UniMAP di China
    • Berperanan sebagai platform untuk memperkenalkan UniMAP di China dengan matlamat meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa.
  4. Pengukuhan Keterlihatan UniMAP di Peringkat Antarabangsa
    • Menyerlahkan keterlihatan dan reputasi UniMAP dalam arena pendidikan tinggi global.
  5. Pemasaran dan Promosi Pelajar Antarabangsa
    • Meningkatkan bilangan kemasukan pelajar antarabangsa melalui aktiviti pemasaran dan promosi strategik.
  6. Meningkatkan Mobiliti Staf dan Pelajar
    • Menggalakkan mobiliti outbound dalam kalangan staf dan pelajar, yang merupakan salah satu kriteria penting dalam penilaian rating dan ranking institusi pendidikan tinggi seperti:
      • SETARA
      • MTUN Excellence
      • MyRA
      • MyMOHES
      • THE (Times Higher Education)
      • QS (Quacquarelli Symonds)

Alamat Pejabat

? Pejabat Pengurusan UniMAP@Beijing
Room 2402, Beijing One,
No.59 Zhongshan Street,
Tongzhou District,
Beijing, China