Jubah Konvokesyen Rasmi UniMAP

Jubah Konvokesyen Rasmi UniMAP

  • Jubah Canselor UniMAP

    Warna kuning iaitu warna DiRaja telah dipilih sebagai warna jubah Canselor. Pada bahagian hadapan jubah ini dihiasi sulaman motif bunga-bungaan kuning emas setebal empat inci dan lapan inci pada bahagian kaki dan tangan.

    Jubah ini turut dilatari dengan logo UniMAP berwarna perak dan berjarak sekata. Renda daun oak berwarna emas dijahit di sekeliling lengan jubah.

    Lapel jubah dan lining diperbuat daripada baldu kuning serta sutera crepe. Corak sulaman adalah berlatarbelakangkan warna hitam.

    Topi beefeater bagi Canselor diperbuat daripada kain jubah yang sama dan dihiasi dengan tassel emas 1 karat.

  • Jubah Pro Canselor UniMAP

    Jubah Pro-Canselor berwarna kuning iaitu warna diRaja. Bahagian hadapan jubah dihiasi sulaman motif bunga-bungaan kuning emas setebal empat inci di bahagian kaki.

    Jubah dilatari dengan logo UniMAP berwarna perak yang berjarak sekata. Lapel jubah lining diperbuat daripada baldu kuning serta sutera crepe.

    Corak sulaman adalah berlatarbelakangkan warna hitam. Topi beefeater diperbuat daripada kain jubah yang sama dan dihiasi tassel emas.

  • Jubah Menteri Pengajian Tinggi

    Jubah Menteri Pengajian Tinggi diperbuat daripada kain sutera berwarna hitam yang mempunyai saiz sulaman empat inci di bahagian hadapan manakala tujuh inci di bahagian kaki dan tangan.

    Jubah ini turut dilatari dengan logo UniMAP dan dihiasi dengan lapel dan sulaman motif berwarna hijau yang berlatarbelakangkan warna hitam. Kain pada jubah yang sama turut digunakan untuk membuat topi beefeater dengan tassel berwarna hijau.

  • Jubah Pengerusi LPU

    Jubah pengerusi LPU berwarna biru dan mempunyai motif sulaman berwarna merah dengan berlatarbelakangkan warna hitam. Motif sulaman setebal 3.5 inci di bahagian hadapan dan tujuh inci di bahagian lengan. Warna merah turut digunakan sebagai lapel jubah.

  • Jubah Ahli LPU

    Jubah ahli LPU berwarna biru dan mempunyai motif sulaman berwarna merah dengan berlatarbelakangkan warna perak. Motif sulaman setebal 3.5 inci di bahagian hadapan dan tujuh inci di bahagian lengan. Warna merah turut digunakan pada lapel jubah.

  • Jubah Naib Cancelor UniMAP

    Jubah Naib Canselor berwarna biru dan diperbuat daripada kain sutera dan mempunyai lapel berwarna perak. Jubah ini turut ditaburi dengan logo UniMAP. Motif sulaman berwarna kuning dan berlatarbelakangkan warna hitam dapat dilihat pada sulaman jubah. Saiz sulaman ialah empat inci di bahagian hadapan dan tujuh inci di bahagian kaki dan lengan. Topinya pula diperbuat daripada kain jubah yang sama dengan tassel berwarna perak.

  • Jubah Timbalan Naib Cancelor UniMAP

    Warna biru merupakan warna bagi jubah Timbalan Naib Canselor UniMAP. Jubah ini mempunyai motif sulaman setebal 3.5 inci di bahagian atas dan tujuh inci di bahagian lengan. Motif sulaman berwarna kuning dan berlatarbelakangkan warna hitam. Manakala lapel jubah berwarna perak.

  • Jubah Pegawai Tertinggi

    Jubah Exco Naib Canselor berwarna biru dan mempunyai lapel jubah berwarna kuning. Corak sulaman berwarna perak dengan berlatarbelakangkan hitam. Sulaman bersaiz 3.5 inci di bahagian hadapan dan juga tangan.

  • Jubah Ahli Senat UniMAP

    Jubah Senat berwarna biru dengan motif sulaman berwarna perak setebal 3.5 inci di bahagian hadapan. Sulaman berlatarbelakangkan warna hitam dan lapel berwarna perak.

  • Jubah Dekan UniMAP

    Jubah Dekan berwarna biru dengan motif sulaman berwarna perak setebal 3.5 inci di bahagian tangan. Sulaman berlatarbelakangkan warna hitam dan lapel berwarna perak.

  • Jubah Ahli Akademik

    Jubah akademik berwarna biru dengan sulaman setebal 3.5 inci di bahagin hadapan. Sulaman berwarna perak dan berlatarbelakangkan warna biru. Lapel jubah berwarna perak.

  • Jubah Ijazah Kehormatan

    Jubah Penerima Ijazah Kehormatan berwarna hitam mempunyai motif dan lapel jubah berwarna hijau. Latar belakang sulaman berwarna hitam mempunyai saiz 3.5 inci di bahagian jubah.

  • Jubah Graduan Ph.D UniMAP

    Jubah graduan Ph.D berwarna biru mempunyai motif dan lapel jubah berwarna perak. Hood atau selempang diperbuat daripada kain satin dan berwarna perak. Topi beefeater bagi graduan Ph.D diperbuat daripada kain baldu lembut yang berwarna hitam, berbuat dan dihiasi dengan tassel berwarna perak.

  • Jubah Graduan Sarjana

    Jubah graduan Sarjana berwarna biru dan mempunyai sulaman motif berwarna perak di bahagian hadapan. Motif pada jubah ini hanya terdapat di bahagian atas sahaja dan dihiasi dengan lapel berwarna perak. Warna hood atau selempang bergantung pada pusat pengajian kejuruteraan (PPK) masing-masing. Topi mortar-board bagi graduan Sarjana Muda yang berbentuk segi empat. Topi dihiasi tassel yang berwarna bergantung pada Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) masing-masing.

    • PPK Mikroelektrik - oren kekuningan (blazing orange)
    • PPK Pembuatan – ungu muda (royal purple)
    • PPK Bahan - emas (harvest gold)
    • PPK Mekatronik – biru laut (cyan blue)
    • PPK Komputer & Perhubungan – merah (Chinese red)
    • PPK Sistem Elektrik – hijau epal (apple green)
    • PPK Bioproses – (turquoise)
    • PPK Alam Sekitar – merah hati (maroon)
  • Jubah Graduan Sarjana Muda

    Jubah graduan Sarjana Muda mempunyai reka bentuk asas yang sama dengan jubah graduan sarjana. Yang membezakan kedua-dua jubah itu ialah jubah graduan Sarjana Muda mempunyai lapel.

    Jubah graduan Sarjana Muda ini disertakan sekali dengan hood atau selempang yang diperbuat daripada kain satin, dan warna bagi setiap selempang adalah berbeza mengikut pusat pengajian masing-masing. Warna selempang bagi Pusat Pusat Pengajian Kejuruteraan;

    • PPK Mikroelektronik – oren kekuningan (blazing orange)
    • PPK Pembuatan – merah (Chinese red)

    • PPK Alam Sekitar – Merah hati (maroon)

    Topi mortal-board bagi graduan Sarjana Muda diperbuat daripada fabrik melton wool dan berwarna biru gelap. Topi ini bergaris pusat tujuh sentimeter dan dihiasi tassel yang warnanya bergantung pada pusat pengajian kejuruteraan masing-masing.

  • Jubah Graduan Diploma

    Jubah graduan Diploma mempunyai reka bentuk asas yang sama dengan jubah graduan sarjana muda. Yang membezakan kedua-dua jubah itu ialah jubah graduan Diploma mempunyai sulaman motif berwarna perak di bahagian atas sahaja.

    Jubah ini mempunyai offray ribbon di tepi dan lapel di bahagian hadapannya mengikut warna pusat pengajian. Warna offray ribbon bagi Pusat Pusat Pengajian Kejuruteraan;

    • PPK Mekatronik – oren kekuningan (blazing orange)

    • PPK Bahan – emas (harvest gold)
    • PPK Mekatronik - biru laut (cyan blue)
    • PPK Komputer & Perhubungan – Merah (Chinese red)