×
×
Bahasa Melayu English (UK) Chinese

 

Fakulti Teknologi Kejuruteraan

UR6525001 - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Automotif Dengan Kepujian

Program ini menumpukan pengajian dalam bidang teknologi automotif dengan penekanan kepada tiga bidang utama iaitu pembuatan automotif, penyelenggaraan kenderaan dan pengubahsuaian rekabentuk kenderaan. Di dalam program ini, para pelajar boleh memilih satu pengkhususan atau kepakaran yang ingin dipelajari daripada dua pilihan yang disediakan iaitu kepakaran diagnosis kenderaan dan kepakaran pengubahsuaian rekabentuk kenderaan. Sepanjang pengajian di program ini, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai teknologi i dalam industry automotif seperti percetakan 3D, Augmented Reality, Virtual Reality, kenderaan elektrik dan kenderaan tanpa pemandu, selaras dengan peredaran Revolusi Perindustrian ke-4.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

•Eksekutif Penyelenggaraan Kenderaan
•Eksekutif Reka Bentuk Kenderaan
•Pereka Bentuk Berbantu Komputer (CAD)
•Teknousahawan
•Eksekutif Analisa Kenderaan
•Eksekutif Pengeluaran Kenderaan
•Eksekutif Pengujian
•Pegawai Teknologi
•Lain-lain bidang kerjaya yang berkaitan.