×
×
Bahasa Melayu English (UK) Chinese

 

Fakulti Teknologi Kejuruteraan

UR6521006 - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pemesinan Industri Dengan Kepujian

Program ini menumpukan pengajian dalam bidang pembuatan dan pemesinan. Program ini akan melahirkan teknologis pemesinan yang menjalankan kerja seperti rekabentuk mesin dan sistem pembuatan, pengilangan, penyelenggaraan mesin, pengurusan kemudahan mesin dan pengurusan pengeluaran dan pengurusan projek berkaitan mesin. Program ini juga bertujuan untuk menghasilkan usahawan tekno dalam teknologi berkaitan pemesinan dan seterusnya menghasilkan profesional yang dihormati dan dirujuk dalam teknologi pemesinan.
Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

•Pegawai Penyelenggaraan Pemesinan
•Pegawai Pengurusan Kawalan Kualiti
•Pegawai Rekabentuk Pemesinan
•Pegawai Pengurusan Pengeluaran
•Pegawai Sistem Pembuatan
•Pegawai Pengurusan Projek
•Lain-lain bidang kerjaya yang berkaitan.