×
×
Bahasa Melayu English (UK) Chinese

 

Fakulti Teknologi Kejuruteraan

UR6521005 - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kimpalan Dengan Kepujian

Program ini menumpukan pengajian dalam bidang teknologi kimpalan. Program ini akan melahirkan teknologi kimpalan yang menjalankan kerja kimpalan yang berkaitan termasuk penyelenggaraan, fabrikasi, rekabentuk, penasihat keselamatan dan pengurus pengeluaran. Selain dari itu, program ini juga mendedahkan pelajarnya kepada ilmu pengurusan dan teknousahawan dalam bidang kimpalan. Program ini dibentuk selaras dengan keperluan persekitaran industri terkini dan memberi penekanan serta pendedahan dalam pelbagai industri berkaitan kimpalan. Secara umumnya, bidang kimpalan merupakan bidang yang penting dan meluas dalam pelbagai sektor industri yang merangkumi kerja-kerja berkaitan fabrikasi, rekabentuk penasihat keselamatan dan penyelengaraan.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

•Pegawai Penyelenggaraan Kimpalan
•Pegawai Pengurusan Kawalan Kualiti
•Pegawai Rekabentuk Kimpalan
•Teknousahawan
•Pegawai Teknologi
•Eksekutif Pengujian
•Pegawai Pengurusan Pengeluaran
•Pegawai Sistem Pembuatan
•Pegawai Pengurusan Projek
•Lain-lain bidang kerjaya yang berkaitan.