×
×
Bahasa Melayu English (UK) Chinese

 

Fakulti Teknologi Kejuruteraan

UR6521003 – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) (Sistem Pertanian)

             (Sistem Pertanian) 

Program ini adalah berdasarkan teknologi dalam sistem pertanian yang bersifat lestari dan memfokus kepada integrasi teknologi dan aplikasi prinsip kejuruteraan yang digunakan dalam bidang pertanian serta amalan pengurusan perniagaan dalam industri yang berasaskan pertanian. Program ini ditawarkan bertujuan untuk melahirkan graduan tenaga profesional dalam bidang teknologi kejuruteraan yang boleh terus diambil bekerja kerana kompeten dalam mengintegrasikan teknologi dan kejuruteraan dengan konsep dan amalan pengurusan perniagaan dalam industri berasaskan pertanian. Pengajaran dan pembelajaran program pengajian secara hands on dilaksanakan dalam berbagai bidang seperti kejuruteraan pertanian, kejuruteraan air dan tanah, pengeluaran tanaman makanan, pengeluaran haiwan ternakan, akuakultur, agrobioteknologi dan pengurusan perniagaan. Di samping itu, kurikulumnya direkabentuk agar graduan dapat menyesuaikan diri lebih awal dengan persekitaran industri dan terus bekerja dengan industri berasaskan pertanian dan yang berkaitan dengannya.

Graduan program Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Sistem Pertanian) memenuhi keperluan tenaga kerja profesional (Jurutera Teknologi) dalam sektor industri perladangan, industri pengeluaran tanaman, ternakan dan akuakultur, pemprosesan makanan, pembuatan atau perkhidmatan dalam industri berasaskan pertanian dan makanan, pengurusan sumber asli dan pelbagai industri kecil dan sederhana berasaskan pertanian dan sumber asli di samping sektor awam, institusi penyelidikan dan badan berkanun.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Jurutera Agrikultur
  • Jurutera Mekanikal
  • Jurutera Proses
  • Perunding Teknikal
  • Eksekutif Jualan Teknikal
  • Jurutera/Eksekutif Kualiti/Pengujian
  • Usahawan
  • Ahli Akademik