×
×
Bahasa Melayu English (UK) Chinese

 

Fakulti Teknologi Kejuruteraan

UR6524006 – Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Kepujian) (Bioteknologi Industri)

Program ini ditawarkan dengan tujuan melahirkan graduan yang memiliki kemahiran praktikal, diterima pasaran kerja sebagai juruteknologis / jurutera berkelayakan yang berjaya dalam kerjaya serta memenuhi kehendak industri berasaskan bioteknologi. Program pengajian ini juga bertujuan melahirkan graduan yang memiliki tahap kefahaman yang mendalam dan menyeluruh terhadap prinsip asas sains dan teknologi kejuruteraan yang menjadi asas kepada bioteknologi serta  mampu untuk mendalami pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kepantasan perubahan dalam industri dan bidang bioteknologi. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk membangunkan graduan yang mempunyai kemampuan menyumbang perkhidmatan kepada masyarakat dengan mempromosi nilai-nilai etika dan profesional, memahami implikasi keselamatan serta menghayati sumber semula jadi dan alam sekitar.

Program ini dirangka secara spesifik untuk menyediakan pelajar dengan adunan teori dan kemahiran teknikal dalam disiplin-disiplin berasaskan bioteknologi seperti mikrobiologi, teknologi penapaian dan prinsip-prinsip kejuruteraan bagi kegunaan industri bioteknologi. Kesemua disiplin ini diintegrasikan di dalam kurikulum pengajian teknologi kejuruteraan kimia yang menekankan latihan praktik yang intensif di samping menyediakan kemahiran berkomunikasi dan lain-lain kemahiran insaniah yang mantap. Graduan yang dilengkapi dengan kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah ini akan dapat berkhidmat dalam industri berasaskan bioteknologi seperti bio-bahan api, bio-farmaseutikal, enzim, bio-bahan dan bio-tenaga demi menjamin penggunaan sumber semula jadi yang lestari.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Juruteknologis / Jurutera Proses
  • Juruteknologis /Jurutera Kimia
  • Juruteknologis/ Jurutera Pengeluaran
  • Juruteknologis / Jurutera Bioteknologi
  • Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
  • Pegawai Alam Sekitar
  • Pegawai Kawalan Kualiti/Piawaian
  • Juruteknologis / Jurutera Jualan
  • Pegawai Penyelidik
  • Juruteknologis / Jurutera Loji
  • Usahawan Bioteknologi
  • Ahli Akademik