×
×
Bahasa Melayu English (UK) Chinese

 

Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik

UR6522001 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian 

Program ini tertumpu kepada beberapa bidang utama dalam kejuruteraan elektrik iaitu sistem kuasa, tenaga boleh diperbaharui, dan elektronik kuasa. Pelajar yang mengikuti program ini akan mempelajari keseluruhan operasi di dalam sistem kuasa merangkumi penjanaan, penghantaran, perlindungan dan pengagihan tenaga elektrik. Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada pelajar mendalami bidang kejuruteraan voltan tinggi, pemacu mesin elektrik, penjanaan dan penggunaan tenaga dari sumber boleh diperbaharui, dan rekabentuk litar penukar elektronik kuasa.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan:
• Jurutera Elektrik
• Jurutera Elektrik Kompeten
• Jurutera Elektronik
• Jurutera Kawalan Elektrik
• Jurutera Elektrik Profesional
• Jurutera Perisian Komputer
• Jurutera Servis Elektrik
• Jurutera Perunding
• Jurutera Instrumentasi Elektrik
• Jurutera Penyelenggaraan Elektrik
• Jurutera Rangkaian Keretapi Elektrik
• Jurutera Penyelidikan Elektrik (R&D)
• Jurutera Tenaga Boleh Diperbaharui
• Jurutera Industri Carigali Minyak dan Gas
• Teknousahawan
• Ahli Akademik
• Lain-lain bidang kerjaya yang berkaitan.