×
×
Bahasa Melayu English (UK) Chinese

 

Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan

UR6527001 - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan dengan Kepujian

Program ini bertujuan melahirkan jurutera yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang sains dan kejuruteraan bahan yang meliputi bidang kajian tentang sifat, pengujian, pemilihan, pemprosesan dan aplikasi bagi sesuatu bahan itu. Pembelajaran atau kajian dalam bidang kejuruteraan bahan dilaksanakan bermula daripada analisis hubungan antara struktur (atomik) dan sifat bagi sesuatu bahan itu dan seterusnya mereka bentuk/sintesis bahan berdasarkan perkembangan teknologi terkini. Selain itu, jurutera bahan berperanan untuk mereka cipta suatu sistem dan teknik bagi pemprosesan atau penghasilan sesuatu bahan/ produk serta mengaplikasikan teori kejuruteraan untuk kitar semula bahan-bahan terpakai untuk penghasilan bahan baru.

Para jurutera bahan berkait rapat dengan pelbagai jenis bahan utama iaitu logam, polimer, getah, seramik, komposit, bahan elektronik, bahan-bio, semikonduktor dan superkonduktor. Kejuruteraan bahan mengaplikasikan prinsip matematik, sains dan kejuruteraan untuk memahami sifat-sifat bahan yang mana bidang ini menjalinkan hubungan antara kimia moden dan fizik, selain daripada rekaan kejuruteraan dan analisis matematik.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Jurutera Pemprosesan Plastik
  • Jurutera Komposit
  • Jurutera Jaminan/Kawalan Mutu
  • Jurutera Pemprosesan Bahan
  • Jurutera Automotif
  • Jurutera Pembangunan Produk
  • Jurutera Rekabentuk
  • Jurutera Pembungkusan Elektronik
  • Ahli Akademik
  • Pegawai Penyelidik
  • Jurutera/ Perunding Analisis Kegagalan Bahan