×
×
Bahasa Melayu English (UK) Chinese

 

UR4523002 - Diploma Kejuruteraan Komputer

Program ini disediakan untuk melahirkan tenaga kerja di peringkat ikhtisas yang mahir serta mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam bidang Kejuruteraan Komputer. Diploma ini berteraskan ilmu pengetahuan di dalam bidang elektronik dan sistem komputer. Para graduan juga diterapkan dengan budaya ilmu supaya mempunyai personaliti dan keperibadian yang unggul dan mampu berdikari sebagai pembantu jurutera yang efektif dan berpengetahuan dalam melaksanakan tugas.

Justeru itu, program ini dapat membentuk generasi berkenaan yang berupaya dan berkebolehan dalam mengaplikasi teknologi terkini dan sebagai penyumbang tenaga kerja terlatih dalam bidang elektronik dan komputer. Program ini direka khas bagi memenuhi keperluan industri seperti Intel, Agilent, Motorola, Sapura, Telekom, SIRIM dan lain-lain lagi. Di samping pekerjaan yang banyak ditawarkan kepada pelajar selepas tamat pengajian, pelajar juga berpeluang untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat ijazah sarjana muda dan seterusnya ke peringkat ijazah tinggi di dalam bidang kejuruteraan elektronik dan elektrik, kejuruteraan komputer dan telekomunikasi sama ada di universiti tempatan ataupun di universiti luar negara.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan :

  • Juruteknik/ Pembantu Jurutera Sistem Komputer dan Teknologi Maklumat
  • Juruteknik/ Pembantu Jurutera Rekabentuk Sistem Terbenam
  • Juruteknik/ Pembantu Jurutera Rangkaian (Rekabentuk)
  • Juruteknik/ Pembantu Jurutera Elektronik
  • Juruteknik/ Pembantu Jurutera Rangkaian Komputer
  • Juruteknik/ Pembantu Jurutera Perkhidmatan Rangkaian Komputer
  • Juruteknik/ Pembantu Jurutera Antara Muka
  • Juruteknik/ Pembantu Jurutera Operasi Sistem Komputer
  • Juruteknik/ Pembantu Jurutera Program Logik
  • Juruteknik/ Pembantu Jurutera Semikonduktor
  • Juruteknik / Pembantu Jurutera Telekomunikasi
  • Pembantu Penyelidik