School of Bioprocess Engineering

UR6524003 - Bachelor of Agricultural Engineering With Honours
(dahulunya dikenali Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Biosistem
dengan Kepujian)

Program ini diperkenalkan untuk menghasilkan graduan yang profesional, serba boleh, dan berkemahiran tinggi dalam menangani dan mengurus bidang Kejuruteraan Pertanian bagi tujuan pengeluaran makanan daripada tanaman dengan persekitaran yang lestari dan berteknologi. Graduan berpengetahuan menggabungkan dan mengaplikasikan prinsip dan teori kejuruteraan dalam pelbagai aspek bagi menjamin kebolehupayaan, keselamatan dan kelestarian sistem pengeluaran makanan berteknologi tinggi melalui mekanisasi dan automasi. Latihan industri akan menambahkan kemahiran para graduan untuk menyesuaikan diri di alam pekerjaan dengan cepat.
Graduan program ini berpeluang membina kerjaya sebagai jurutera dan pengurus dalam bidang dan industri berkaitan pertanian, perladangan, pengeluaran dan pemprosesan bahan input dan teknologi pertanian, dan penyelidikan selaras dengan matlamat negara untuk memajukan dan melestarikan industri berasaskan pertanian.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan:
• Jurutera Pertanian
• Jurutera Jualan
• Jurutera Kawalan Kualiti
• Usahawan
• Pengurus Ladang (Industri Swasta seperti Felda, IOI, Sime Darby)
• Jurutera Proses (Pengeluaran Hasil Industri)
• Jurutera Pengeluaran Produk
• Jurutera R&D
• Ahli Akademik