School of Bioprocess Engineering

UR6524001 - Bachelor of Chemical Engineering With Honours
(dahulunya dikenali Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bioproses
dengan Kepujian)

Program ini bertujuan melahirkan tenaga mahir di peringkat profesional yang mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam rekabentuk, operasi, penambahbaikan serta pemuliharaan proses yang melibatkan kimia di peringkat pengilangan makro dan juga bidang berkaitan yang semakin berkembang selaras dengan Dasar Perindustrian Negara, Pelan Induk Perindustrian, Dasar Sains dan Teknologi Negara serta Dasar Agro Makanan. Selaras dengan itu, graduan yang dilahirkan mampu untuk mengaplikasikan pengetahuan, ilmu dan kemahiran untuk penyelesaian masalah berkaitan kejuruteraan. Oleh sebab itu, Jurutera Kimia berbeza dengan tugas jurukimia, di mana Jurukimia melakukan dengan skala yang kecil, manakala Jurutera Kimia melakukan dengan skala yang lebih besar untuk tujuan industri.

Struktur kurikulum telah dibentuk dengan memberi penekanan kepada pemahaman teori dan diaplikasikan melalui amali makmal, pembelajaran berbantu komputer, kerja bengkel, latihan industri dan projek yang berlandaskan rekabentuk atau penyelesaian masalah teknologi dan kejuruteraan. Para graduan mempunyai prospek pekerjaan yang luas di mana keperluan terhadap tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan kimia amat tinggi selaras dengan matlamat kerajaan untuk memajukan bidang perindustrian. Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 200,000 orang jurutera untuk mencapai status negara maju menjelang 2020. Kini, cuma ada 70,000 orang jurutera yang berdaftar di negara ini.

Antara peluang kerjaya yang berkaitan:
• Jurutera Pengeluaran
• Jurutera R&D
• Pegawai Penyelidik
• Juru Kimia
• Jurutera Kawalan Kualiti
• Jurutera Projek
• Ahli Akademik
• Usahawan
• Jurutera di Firma Konsultan
• Jurutera Jualan
• Jurutera Alam Sekitar/Pengurusan Rawatan Air dan Sisa