UniMAP | Universiti Malaysia Perlis UniMAP | Universiti Malaysia Perlis UniMAP | Universiti Malaysia Perlis KNOWLEDGE - SINCERITY - EXCELLENCE

Events Calendar

Bengkel Kecantikan dari Sumber Semulajadi: Asas Pengekstrakan dan Formulasi Penjagaan Kulit
Friday 03 April 2020, 08:00am - 01:00pm
Hits : 416
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan, 

JEMPUTAN KE BENGKEL KECANTIKAN DARI SUMBER SEMULAJADI: ASAS PENGEKSTRAKAN DAN FORMULASI PENJAGAAN KULIT

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Centre of Excellence Biomass Utilization, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses, Universiti Malaysia Perlis akan menganjurkan satu bengkel “Bengkel Kecantikan dari Sumber Semulajadi: Asas Pengekstrakan dan Formulasi Penjagaan Kulit”. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati ingin menjemput YBhg Prof/ Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri bengkel ini.


Berikut adalah butir-butir program:

Tarikh : 3 April 2020 (Jumaat)

Masa : 8.30 pagi – 1.00 tengahari

Tempat : Bilik Seminar Siantan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan, Kampust Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis

Penceramah : Dr. Mariam Firdhaus Mad Nordin ( Pengaras Urusan AM Zaideen Ventures Sdn Bhd / Pengasas HALEA Natural Skin Care)


Yuran penyertaan :
 RM 120/peserta
 RM 100 (Kumpulan-Min 3 peserta)

(Yuran termasuk Dua Modul Pembelajaran, Ebook & Jurnal, Tea break, makan tengahari)


Highlight bengkel : Bengkel ini meliputi dua modul:

-Modul Pertama meliputi Pengekstrakan sumber semulajadi bagi bahan terbaik untuk penjagaan kulit termasuk teknik-teknik pengekstrakan bagi mendapat bahan bermutu, peratusan bahan aktif yang disarankan

-Modul Kedua berkenaan Formulasi Penjagaan Kulit dan Pengkomersilan termasuk menyerlakan wajah terbaik anda ke depan tanpa solekan, Kepentingan 10 rutin dalam penjagaan kulit, Penyelidikan berkenaan formulasi yang sesuai untuk penjagaan kulit, pengkomersilan, permohonan geran, sijil halal, GMP dan KKM dan seterusnya perkongsian pengalaman melalui penjagaan kulit  HALEA

Mohon maklumkan kehadiran YBhg Prof/ Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dengan mengisi google doc berikut :

http://tiny.cc/BFRregistrationform

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi pihak kami iaitu Puan Rohazita Bahari (012-466 9896), Dr Saleha (013-2081261, )Dr Ku Syahidah (013-5105424), Dr Hairul Nazirah Abdul Halim (019-4700757) dan Dr Nora Julok (019-8622239) dan Dr Ahmad Anas (012-4534122)
 

Bersama-sama ini dilampirkan poster bengkel untuk tindakan YBhg. Dato/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan selanjutnya.

Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.


AJK BENGKEL KECANTIKAN DARI SUMBER SEMULAJADI: ASAS PENGEKSTRAKAN DAN FORMULASI PENJAGAAN KULIT
Centre of Excellence Biomass Utilization, Universiti Malaysia Perlis
 
---------------------------------------------------------------------------------- 
POSTMASTER UniMAP 
Pusat Pengurusan dan Pembangunan Digital (DMDC)
Universiti Malaysia Perlis 
Tel : 04-9885466 / 5467 / 5468 
Fax: 03-76101879
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.