UniMAP | Universiti Malaysia Perlis UniMAP | Universiti Malaysia Perlis KNOWLEDGE - SINCERITY - EXCELLENCE

Events Calendar

Kursus Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Tempat Kerja 2020
Tuesday 25 February 2020, 08:00am
To Wednesday 26 February 2020
Hits : 560
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

TAWARAN KURSUS PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA 2020 

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Sebagai makluman, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) dengan kerjasama Unit Latihan, Jabatan Pendaftar akan mengadakan Kursus Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Tempat Kerja 2020. Butiran lanjut kursus adalah seperti berikut:- 

 
Tarikh : 25-26 Februari 2020 (Selasa & Rabu)
Masa : 08.30 pagi - 05.10 petang (Sarapan tidak disediakan)
Tempat : Bilik Seminar Za'ba, Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Seriab
Penceramah
: Tuan Mohamad A'azizan Mustafa ( Senior Manager, EHS)
 
Kumpulan Sasaran        :   Terbuka kepada semua staf dan diberi keutamaan kepada staf Pengurusan, staf Teknikal dan staf Akademik.

3. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk menyediakan maklumat terperinci dan membantu peserta yang terlibat dalam pematuhan akta tersebut. Selain untuk menerapkan tahap kesedaran dan kefahaman peserta terutama yang terlibat dalam mewujudkan/ bekerja dengan risiko supaya mematuhi polisi KKP, kursus ini juga bertujuan untuk mewujudkan dan menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan fisiologi dan psikologi orang yang bekerja. Kursus ini juga turut membincangkan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan peraturan dan tata amalan yang diluluskan di peruntukan akta.

4.  Sehubungan dengan itu, pihak UKKP ingin menjemput YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menyertai kursus ini. Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar ke pejabat UKKP melalui faks 04-979 8351 atau emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sebelum atau selewat-lewatnya 21 Februari 2020 (Jumaat). Kehadiran YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan ke kursus ini dikira 2 hari berkursus. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Cik Afifah Sahidan di talian 04-979 8346 atau Pn. Nor Suryani Rani di talian 04-979 7945.
 
Perhatian dan kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian.
 
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan"
 
Saya yang menjalankan amanah,
 

Sekretariat
Bhg. Latihan & Kompetensi
Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis,
Blok D, Taman Pertiwi Indah, Jln Kangar - Alor Setar,
01000 Seriab, Kangar.
Tel : 04-979 7945
Faks: 04-979 8351
Laman sesawang : https://osh.unimap.edu.my