From Tuesday 09 June 2026 - 08:30am
To Wednesday 10 June 2026 - 04:30pm
Hits : 3
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semua warga UniMAP
Tuan/Puan,
UNDANGAN MENGHADIRI NORTHERN INDUSTRIAL CAREER ENGAGEMENT (NICE) 2026
Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman Tuan/Puan, Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan (CGEE) UniMAP akan menganjurkan Northern Industrial Career Engagement (NICE) 2026. Program NICE 2026 adalah platform kerjaya utama UniMAP yang bertujuan merapatkan jurang antara industri dan akademik serta mengukuhkan kerjasama industri–universiti secara berterusan.
3. Berikut adalah butiran ringkas program:
NORTHERN INDUSTRIAL CAREER ENGAGEMENT (NICE) 2026
Tarikh: 9 hingga 10 Jun 2026 (Selasa & Rabu)
Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang (Pameran Kerjaya)
Tempat: Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra
Pengisian: Pameran Kerjaya, Temu Duga Terbuka, Ceramah Kerjaya & Forum Keusahawanan
4. Sehubungan itu, semua warga UniMAP diundang hadir bagi memeriahkan program ini serta mengambil peluang untuk membina jaringan profesional (networking) dengan rakan industri yang terlibat. Kehadiran Tuan/Puan amat dihargai dalam menjayakan agenda utama universiti dalam memperkasa ekosistem kebolehpasaran graduan.
Sekian, terima kasih dan harap maklum.
Sila rujuk lampiran di sini: https://drive.google.com/drive/folders/1IVYZ-KS0zeZikxOWg11cCOa8349wclMk?usp=drive_link
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan"
Saya yang menjalankan amanah,
( ROZILA ROMALI )
b.p Pengarah
Universiti Malaysia Perlis
Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan | Centre For Graduate Employability & Entrepreneurship,
Aras 2, Bangunan Pusat Pengajian Siswazah (CGS),
Kampus Alam UniMAP Pauh Putra,
02600 Arau, Perlis.