UniMAP | Universiti Malaysia Perlis
KNOWLEDGE SINCERITY EXCELLENCE
JEMPUTAN KE PROGRAM FKTA CEO TALK SERIES 7&8 BERSAMA PUAN ZAINORA ZAINAL, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF CIDB MALAYSIA DAN IR MOHD TAUFIK SALLEH, KETUA PEGAWAI OPERASI, INDAH WATER KONSORTIUM
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Awam (FKTA), UniMAP & Pusat Kerjasama Industri dan Agensi Kerajaan (CIGC), UniMAP akan menganjurkan program CEO Talk Series 7&8
Maklumat program adalah seperti berikut:
Tarikh: Isnin, 17 November 2025
Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat: Auditorium Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, UniMAP Pauh Putra
Tajuk CEO Talk Series 7: "From Campus to Construction: Bridging Talent with Industry Demands"
Tajuk CEO Talk Series 8: "Driving Sustainability Through Sewerage Services: IWK’s ESG and Green Initiatives"
Sehubungan itu, pihak kami ingin menjemput YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Prof. Madya/Dr./ Tuan/ Puan dan semua pelajar, untuk turut hadir ke program ini bagi memeriahkan sesi CEO Talk serta menjayakan inisiatif strategik dalam memperkukuh hubungan antara universiti dan industri. Bagi Staf UniMAP, kehadiran akan diberikan mata CPD. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi kami di emel seperti yang tertera di bawah.
Segala perhatian dan sokongan daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Prof. Madya/Dr./ Tuan/ Puan dan semua pelajar amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Poster : https://drive.google.com/