UniMAP | Universiti Malaysia Perlis
KNOWLEDGE SINCERITY EXCELLENCE
HEBAHAN JEMPUTAN KE PROGRAM USAHAWAN DIGITAL 2025
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan (CGEE) dengan kerjasama Fakulti Perniagaan & Komunikasi (FPK), Universiti Malaysia Perlis dan disokong oleh Yayasan Pelajaran Mara, ingin menjemput semua untuk menyertai Program Usahawan Digital 2025 seperti butiran berikut:
8 November 2025 (Sabtu)
8.00 pagi – 4.00 petang
DK1, Kompleks Dewan Kuliah, Pauh Putra
Program ini merangkumi:
Sesi ceramah keusahawanan digital
Forum inspirasi usahawan
Perkongsian strategi pemasaran digital & teknologi kewangan
Motivasi dan bimbingan ke arah kerjaya sebagai usahawan digital
Penyertaan adalah PERCUMA dan e-sijil disediakan.


Sarapan, makan tengah hari & minum petang disediakan untuk 300 peserta terawal (first come basis).
Daftar sekarang: Pendaftaran Usahawan Digital 2025
Dari Inspirasi ke Aksi!Sekian, terima kasih.
|