Thursday 30 October 2025, 09:30am
Hits : 126
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
السلام عليكم ورحمة الله وبركات dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/Dato'/Prof/Prof.Madya/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
PROGRAM JUALAN BARANGAN KITAR SEMULA BIL 11 /2025
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa semua warga UniMAP boleh menghantar barang-barang yang boleh dikitar semula semasa Program Jualan Barangan Kitar Semula bersama pihak E-Idaman Sdn. Bhd. yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 30 Oktober 2025 (Khamis)
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Pusat Pengurusan Tenaga Dan Kampus Lestari (COSCEM), Kampus Alam UniMAP Pauh Putra
3. Sehubungan itu, warga UniMAP yang menjual barangan kitar semula akan menerima bayaran dari pihak E-Idaman Sdn. Bhd. atau dengan menggunakan aplikasi idamanXchange.
4. Oleh itu, marilah sama-sama kita memberikan sokongan kepada program ini untuk mencapai objektif utamanya iaitu memberi nilai kembali kepada barangan sisa pepejal yang boleh dikitar semula untuk menjadi barang baru.
5. Sebarang maklumat terkini boleh lawati laman facebook Pusat Pengurusan Tenaga dan Kampus Lestari (https://www.facebook.com/UniMAP.Sustainable.Campus)
Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Prof/Prof.Madya/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan”
**Bumi kita, kitalah jaga**
*****************************************************
Pusat Pengurusan Tenaga & Kampus Lestari (COSCEM)