Thursday 28 August 2025, 09:00am - 10:00am
Hits : 3438
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
PROGRAM JUALAN SISA ELEKTRONIK (E-WASTE) DAN KUTIPAN TELEFON BIMBIT LAMA (KITAR) DI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Tenaga Dan Kampus Lestari (COSCEM) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis (JAS) akan mengadakan Program Jualan Sisa Elektronik (e-waste) dan kutipan telefon bimbit lama (KITAR) seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 28 Ogos 2025 (Khamis)
Masa : 9.00 Pagi - 9.30 Pagi
Tempat : Pusat Pengurusan Tenaga Dan Kampus Lestari (COSCEM)
3. Sehubungan itu, semua warga UniMAP dijemput untuk menghantar barangan sisa elektronik household sahaja serta telefon bimbit lama. Setiap penghantaran telefon bimbit lama akan menerima cenderahati daripada pihak COSCEM.
4. Oleh itu, semua warga UniMAP dijemput untuk memberikan sokongan untuk menjayakan program ini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pejabat COSCEM di talian 019-990 7054.
Perhatian dan kerjasama warga UniMAP amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan”
**Bumi kita, kitalah jaga**
*****************************************************
Pusat Pengurusan Tenaga & Kampus Lestari (COSCEM)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
office : +6019-990 7054
website : https://kampuslestari.unimap.edu.my/