From Thursday 14 August 2025 - 09:00am
To Sunday 17 August 2025 - 05:00pm
Hits : 3328
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Jemputan ke Program 'RoboCup Malaysia Open 2025'
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan menjadi hos kepada 'RoboCup Malaysia Open 2025' pada 14-17 Ogos 2025 di Dewan Ilmu, Kampus Pauh Putra, UniMAP. Program ini akan menyaksikan beberapa pertandingan robotik dan AI, yang disertai oleh pasukan dari dalam dan luar negara. Selain daripada pertandingan, turut diadakan pameran serta jualan 'food truck'.
3. Oleh itu, bagi pihak penganjur program, kami ingin menjemput semua untuk hadir memeriahkan program seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 14 - 17 Ogos 2025 (Khamis - Ahad)
Masa: 9.00 pagi hingga 5 petang
Tempat: Dewan Ilmu, Kampus Pauh Putra, UniMAP
4. Disertakan poster program untuk rujukan. Kesudian semua untuk menyertai dan meramaikan majlis adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
JK Penganjur RoboCup Malaysia Open 2025
Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektrik (FKTE) dan Pusat Kecemerlangan Kepintaran Robotik & Sistem Berautonomi (CIRAS), UniMAP