Friday 01 August 2025, 09:00am - 12:15pm
Hits : 10
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Dato'/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,
JEMPUTAN KE SEMINAR PENCEGAHAN KEBAKARAN UniMAP
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2. Sebagai makluman, Pusat Pengurusan Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran Pekerjaan (COSHE), Universiti Malaysia Perlis dengan kerjasama Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur (PPKKL) akan mengadakan Seminar Pencegahan Kebakaran seperti butiran berikut:
Tarikh : 01 Ogos 2025 (Jumaat)
Masa : 09.00 pagi - 12.15 tengah hari
Tempat : Auditorium, Aras 2, Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP), Kampus Alam UniMAP Pauh Putra
Kumpulan Sasaran: Semua staf dan pelajar
Lampiran : Poster Kursus
Pautan Pendaftaran : Borang Permohonan Kursus COSHE
3. Objektif program ini dijalankan adalah memberi pendidikan awam berkaitan dengan pencegahan kebakaran dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Sehubungan dengan itu, pihak COSHE berbesar hati menjemput pihak tuan/puan ke program tersebut. Permohonan penyertaan boleh dilakukan secara dalam talian pada atau selewat-lewatnya 29 Julai 2025 (Selasa) sebelum jam 01.00 petang dan peserta terpilih akan dimaklumkan melalui email. Kehadiran ke program tersebut akan dikira sebagai mata cpd dan e-sijil akan disediakan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh menghubungi pejabat COSHE (04-941 4300), En. Robani (017-219 5157), Pn. Eliani (012-6700435) atau e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..my.
Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Dato'/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
'Ilmu Keikhlasan & Kecemerlangan'
Pusat Pengurusan Keselamatan Kesihatan & Persekitaran Pekerjaan (COSHE)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Tel : +604-941 4300
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.