Saturday 05 July 2025, 10:00am - 11:00am
Hits : 1
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE MALAYSIAN BIOSAFETY AND BIOSECURITY ASSOCIATION (MBBA) WEBINAR SERIES 2025
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa bersempena dengan Mesyuarat Agung Khas (EGM) Malaysian Biosafety and Biosecurity Association (MBBA) yang akan berlangsung tidak lama lagi, satu sesi MBBA Webinar Series 2025 akan diadakan sebagai prarancangan acara tersebut. Dua pakar dalam bidang masing-masing akan berkongsi ilmu dan panduan berkaitan topik yang sangat relevan kepada komuniti sains dan perubatan.
3. Sehubungan dengan itu, semua staf dan pelajar yang berminat dengan bidang biokeselamatan dan biosekuriti dijemput untuk menyertai webinar ini seperti butiran berikut:

4. Pihak YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dijemput untuk menandakan tarikh tersebut dalam kalendar dan memanfaatkan peluang ini bagi memperkaya pengetahuan bersama pakar jemputan.
Segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“MALAYSIA MADANI”
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
'Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan'
Saya yang menjalankan amanah,
Unit Keselamatan Kimia dan Biokeselamatan
Pusat Pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (COSHE)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Tel : +604-941 4300
Email : ukkimbio.coshe@unimap.edu.my
Sekian, terima kasih.