Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, UniMAP melalui Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (CIC) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (TNCPI) akan menganjurkan EKSPO REKACIPTA UniMAP 2025 (EREKA 2025) secara dalam talian (Online). Pendaftaran EREKA 2025 akan bermula pada 15 Februari hingga 9 Mac 2025. Sesi penjurian diadakan secara dalam talian (online) bermula pada 10 Mac 2025.
3. Antara kategori- kategori bagi bidang teknologi / penyelidikan bagi EREKA 2025 yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut:
i. Electrical, Electronics, & IOT’s
ii. Biotechnology, Medical Device, Pharmaceuticals & Health
iii. Chemical, Advanced Material & Plastic
iv. Mechanical, Machinery & Equipment
v. Foodtech & Agriculture Technology
vi. Social Science, Business & Teaching Innovation
4. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, pihak penganjur EREKA 2025 telah menetapkan yuran penyertaan adalah seperti berikut:
i. Yuran bagi Penyelidik UniMAP :RM100.00(Bagi penyertaan 200 produk terawal mendaftar:RM50.00 sahaja)
ii. Yuran penyertaan bagi kategori Profesional Inventor (Local) (Semua universiti awam dan swasta, Kolej, Politeknik) : RM250.00
iii Penyertaan bagi kategori Junior Inventor (Local) (Semua Jenis Sekolah Menengah di Malaysia): Tiada yuran penyertaan dikenakan
iv Penyertaan bagi kategori Young Inventor (Local) (Semua Jenis Sekolah Rendah di Malaysia): Tiada yuran penyertaan dikenakan
v. Yuran penyertaan bagi kategori Profesional Inventor (International) : USD50.00
vi.Yuran penyertaan bagi kategori Junior Inventor (International) : USD35.00
viii.Yuran penyertaan bagi kategori Young Inventor (International) : USD20.00
Sebarang maklum balas & pertanyaan, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan boleh layari laman sesawang EREKA 2025 di
https://sites.google.com/
Disertakan poster EREKA 2025 untuk makluman dan rujukan YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.
*Tertakluk kepada terma & syarat
Mohon rujuk lampiran disini : https://drive.google.com/
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
“Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan”
Saya yang menjalankan amanah,
SEKRETARIAT EREKA 2025