Event & Aktiviti


Notice: Undefined variable: yearslist in /home/web2016/public_html/components/com_jevents/libraries/jeventshtml.php on line 144

Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/web2016/public_html/libraries/cms/html/select.php on line 592
PROGRAM SESI PERKONGSIAN RMC : INSENTIF CUKAI BERHUBUNG INSTITUT PENYELIDIKAN
Thursday 30 June 2022, 10:00am
Hits : 87
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI KE PROGRAM SESI PERKONGSIAN RMC : INSENTIF CUKAI BERHUBUNG INSTITUT PENYELIDIKAN
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) Universiti Malaysia Perlis telah mendapat pengiktirafan Institusi Penyelidikan Yang Diluluskan" selama lima (5) tahun mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2026. Dengan pengiktirafan ini, syarikat yang menyumbang wang tunai untuk aktiviti penyelidikan atau menggunakan perkhidmatan di RMC UniMAP adalah layak mendapat potongan cukai pendapatan dua kali (double tax deduction).

3. Sehubungan dengan itu, RMC akan menganjurkan program Sesi Perkongsian bertajuk Insentif Cukai Berhubung Institut Penyelidikan yang akan disampaikan oleh En. Nik Ahmad Shahril Bin Nik Mohd Nabil, Pegawai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) seperti ketetapan berikut

Tarikh 30 Jun 2022 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Auditorium Ars 1, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin

4. Pihak RMC dengan berbesar hati menjemput Yang Berusaha Prof./Tuan/Puan untuk menghadiri program tersebut.

Mohon rujuk lampiran disini : https://drive.google.com/file/d/1zyE3hcd36i6d613CSRPv0oyjHUxSqfIP/view?usp=sharing
Sekian, terima kasih.


"WAWASAN KEMAKMURAN 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah

ZURAIDA ISMAAIL
PENOLONG PENDAFTAR KANAN
PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
04-9414140
019-4331092