Event & Aktiviti


Notice: Undefined variable: yearslist in /home/web2016/public_html/components/com_jevents/libraries/jeventshtml.php on line 144

Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/web2016/public_html/libraries/cms/html/select.php on line 592
PROGRAM SYARAHAN AKADEMIK BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI PUISI MALAYSIA (HPM) 2022 PERINGKAT NEGERI PERLIS
Wednesday 08 June 2022, 08:45am
Hits : 3939
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,


UNDANGAN KE PROGRAM SYARAHAN AKADEMIK BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI PUISI MALAYSIA (HPM) 2022 PERINGKAT NEGERI PERLIS


Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.



2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kebudayaan Universiti Malaysia Perlis (PKBU, UniMAP) dengan kerjasama Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) di bawah kelolaan Pengerusi Biro PEMUISI Negeri (PBPN) Perlis bersama-sama dengan Angkatan Sasterawan Indera (AKSARA) Perlis dan Persatuan Tonggak Perlis akan menganjurkan program sambutan ‘Hari Puisi Malaysia (HPM) 2022’ peringkat negeri Perlis. Sambutan yang kali pertama akan dianjurkan ini merupakan sebahagian daripada program pengisian HPM 2022 peringkat kebangsaan yang disambut pada setiap 13 Jun 2022 seperti yang telah diisytihar oleh YB. Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.



3. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati untuk mengundang pihak tuan (pensyarah dan pelajar) ke program tersebut yang akan berlangsung pada ketetapan seperti yang berikut:



Tarikh : 8 Jun 2022 (Rabu)
Masa : 8:45 pagi - 11:00 pagi

Tempat. : Auditorium Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Malaysia Perlis

Acara : Syarahan Akademik dan Persembahan Puisi

Siaran Langsung (LIVE) di Facebook Pusat Kebudayaan

https://m.facebook.com/ukr.unimap/

4. Semoga kehadiran pihak tuan dapat memeriahkan acara ini sekali gus menyemarakkan lagi program-program kebahasaan dan kesusasteraan negara. Bersama-sama dengan ini disertakan atur cara program untuk rujukan tuan.

Budi bicara dan keprihatinan tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.


Sekian.



"RAJA BERDAULAT, RAKYAT BERILMU,

NEGERI SEJAHTERA, PERLIS MAJU"



"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"



“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

‘Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan’


Saya yang menjalankan amanah,

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Malaysia Perlis