Event & Aktiviti


Notice: Undefined variable: yearslist in /home/web2016/public_html/components/com_jevents/libraries/jeventshtml.php on line 144

Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/web2016/public_html/libraries/cms/html/select.php on line 592
MAJLIS PERASMIAN SECARA DALAM TALIAN PROGRAM KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN - NORTHERN INDUSTRIAL CAREER ENGAGEMENT & ENTREPRENEURSHIP CARNIVAL (e-NICE 7) 2022
Wednesday 08 June 2022, 09:30am
Hits : 3941
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Ts./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYAKSIKAN MAJLIS PERASMIAN SECARA DALAM TALIAN PROGRAM KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN - NORTHERN INDUSTRIAL CAREER ENGAGEMENT & ENTREPRENEURSHIP CARNIVAL (e-NICE 7) 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Keusahawanan, Jaringan Industri dan Masyarakat (CEICnet) dengan kerjasama semua Fakulti akan menganjurkan program Karnival Kerjaya dan Keusahawanan - Northen Industrial Career Engagement & Entrepreneurship Carnival (e-NICE 7) 2022. Majlis perasmian program e-NICE 7 ini akan dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP seperti butiran berikut:

Tarikh : 8 Jun 2022 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi
Platform : Facebook Rasmi UniMAP

3. Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Ts./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyaksikan majlis perasmian secara langsung melalui Facebook Rasmi Universiti Malaysia Perlis. Perhatian dan kerjasama yang diberikan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Mohon rujuk lampiran poster disini : https://drive.google.com/file/d/1PKVXD3Qx-oaGa_YWCZK5iF02M04TAEv1/view?usp=sharing


Sekian.


"RAJA BERDAULAT, RAKYAT BERILMU,

NEGERI SEJAHTERA, PERLIS MAJU"



"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
"Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan"


Saya yang menjalankan amanah,

PUSAT KEUSAHAWANAN, JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (CEICnet)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

----
Sharifah Dara Naqiyah binti Syed Syfaldin
Penolong Pendaftar
Bahagian Kajian Institusi Raja dan Komuniti
Pusat Keusahawanan, Jaringan Industri dan Masyarakat (CEICnet)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)