Event & Aktiviti


Notice: Undefined variable: yearslist in /home/web2016/public_html/components/com_jevents/libraries/jeventshtml.php on line 144

Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/web2016/public_html/libraries/cms/html/select.php on line 592
PROGRAM LATIHAN EFFECTIVE COMMUNICATION THROUGH VISUAL (FREEHAND)
Tuesday 09 November 2021, 08:45am - 01:00pm
Hits : 57
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

KEPADA SEMUA STAF AKADEMIK UniMAP

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM LATIHAN EFFECTIVE COMMUNICATION THROUGH VISUAL (FREEHAND)

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa syarikat penyedia latihan Dreamfoundry Media Sdn Bhd akan menganjurkan program latihan Effective Communication Through Visual (Freehand). Program latihan ini akan melatih para peserta untuk menguasai kemahiran visual lakaran ( freehand visual) yang dapat membantu memperkukuh komunikasi, kemampuan berfikir, menzahirkan idea dan banyak lagi. Untuk makluman Ybhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, program ini adalah program yang telah didaftarkan dengan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) di bawah Kementerian Sumber Manusia dengan nombor siri pendaftaran 1000174477. Nilai sebenar program ini yang ditawarkan kepada majikan-majikan adalah RM499 bagi setiap peserta. Sehubungan itu, Dreamfoundry Media Sdn Bhd ingin menjemput 50 Staf Akademik UniMAP yang berminat menyertai program ini SECARA PERCUMA melalui aplikasi ZOOM seperti butiran berikut :

Nama Program: Effective Communication Through Visual (Freehand)
Tarikh : 09 November 2021 (Selasa)
Masa : 8.45 pagi - 1.00 tengah hari
Yuran penyertaan : percuma
Keperluan peserta : Peserta diminta untuk menyediakan 20 keping kertas A4 kosong dan pensil 2B untuk aktiviti sepanjang program
Pautan Pendaftaran Program : https://forms.gle/YzPoCSQuDB8i4bEg9


3. Ybhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan yang berminat untuk menyertai program ini adalah dialu-alukan untuk mengisi Pautan Pendaftaran Program selewat-lewatnya pada 1 November 2021 (Isnin). Bersama-sama e-emel ini juga dilampirkan poster program, profil jurulatih dan brosur Kemahiran Komunikasi Efektif Melalui Lakaran untuk rujukan. Sekian dimaklumkan dan terima kasih.


Mohon rujuk lampiran disini : https://drive.google.com/drive/folders/1UH_3NURho8P6Hy-yZ2VCyVRZVKVtnp9G?usp=sharing

'WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030'



BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

'Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan'



Yang menjalankan amanah,



Pusat Pembangunan Kepimpinan Pendidikan Lestari (LEAD)

Jabatan Canselori

02600 Pauh Putra

Universiti Malaysia Perlis

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Tel : 016-4465491 (Pn. Izzati) , 013-4677837 (Pn. Famiza), 019-4310472 (En. Azuan), 017-5683009 (En. Hafizi)