Event & Aktiviti


Notice: Undefined variable: yearslist in /home/web2016/public_html/components/com_jevents/libraries/jeventshtml.php on line 144

Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/web2016/public_html/libraries/cms/html/select.php on line 592
PROGRAM "DROP-OFF" JUALAN BARANGAN KITAR SEMULA
Thursday 14 October 2021, 09:30am
Hits : 52
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

PROGRAM "DROP-OFF" JUALAN BARANGAN KITAR SEMULA PADA 4 OKTOBER 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa semua warga UniMAP boleh menghantar barang-barang yang boleh dikitar semula semasa Program 'drop-off' bersama E-Idaman yang akan dibuat di UniMAP seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 14 Oktober 2021 (Khamis)
Masa : 9.30 Pagi hingga 11.30 Pagi
Tempat : Kawasan Parkir Bas, Kampus UniMAP Kubang Gajah

Marilah sama-sama kita memberikan sokongan kepada program ini untuk mencapai objektif utamanya iaitu memberi nilai kembali kepada barangan sisa pepejal yang boleh dikitar semula untuk menjadi barang baru. Di samping itu, ahli RFL akan menerima ganjaran tunai yang akan dimasukkan ke dalam kad RFL.

Mohon warga UniMAP yang berminat untuk merujuk kepada lampiran tatacara program dan mohon warga UniMAP yang hadir untuk untuk memastikan SOP PKP dipatuhi sepenuhnya sepanjang program berlangsung, iaitu dengan mengamalkan tatacara yang berikut:


a) Memakai pelitup muka;

b) Kerap mencuci tangan;

c) Menjaga jarak fizikal; dan

d) Amalkan 3W (wash, wear, warn) dan Elakkan 3S (sesak, sempit, sembang dekat)



Sebarang maklumat terkini boleh lawati laman facebook Pusat Pengurusan Tenaga dan Kampus Lestari (https://www.facebook.com/UniMAP.Sustainable.Campus).

Perhatian dan kerjasama amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Mohon rujuk lampiran disini : https://drive.google.com/file/d/1bv3rD64xQZVzG8QI1KPQKs-E7deLLypE/view?usp=sharing

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan”

**Bumi kita, kitalah jaga**

*****************************************************

Saya yang menjalankan amanah,

FATIN SYAZWANI SYAMIMI BT ABD MAJID
Penolong Pegawai Tadbir
Pusat Pengurusan Tenaga & Kampus Lestari
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
office : +60195296527
fax :
email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
website : https://kampuslestari.unimap.edu.my/