Thursday 14 October 2021, 02:30pm - 04:30pm
Hits : 39
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan UniMAP
Dua Dekad Tradisi Gemilang
Teknologi – Transformasi - Komuniti
YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan
JEMPUTAN MENYAKSIKAN PEMASYHURAN DYTM TUANKU PRO CANSELOR UniMAP
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen 11(1) Bahagian II, Perlembagaan Universiti Malaysia Perlis [P.U. (A) 25/2007], DYTM Tuanku Canselor telah berkenan melantik DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil sebagai Pro Canselor UniMAP bagi tempoh lima (5) tahun, mulai 13 Disember 2021 hingga 12 Disember 2026.
3. Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dijemput untuk menyaksikan pemasyhuran DYTM Tuanku Pro Canselor UniMAP mengikut ketetapan yang berikut :
Tarikh : 14 Oktober 2021 (Khamis)
Masa : 2.30 hingga 4.00 petang
Platform : Facebook Rasmi UniMAP
4. Bersama-sama ini juga disertakan pautan atur cara untuk perhatian YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof. / Dr./ Tuan / Puan jua.
https://docs.google.com/document/d/1205mg3ilvpBaHFxgBd9EDVoQGk6kMgnO/edit?usp=sharing&ouid=113895749721308540638&rtpof=true&sd=true
FB & IG.jpg
Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‘Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan’
Saya yang menjalankan amanah
(SHARMILA BINTI SAIDIN)
Pengarah
Pusat Komunikasi Korporat