Event & Aktiviti


Notice: Undefined variable: yearslist in /home/web2016/public_html/components/com_jevents/libraries/jeventshtml.php on line 144

Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/web2016/public_html/libraries/cms/html/select.php on line 592
WEBINAR PENGKOMERSIALAN TANAMAN HALIA UNTUK GRADUAN AGROPRENEUR (SIRI 2/2021) ANJURAN INSTITUT AGROTEKNOLOGI LESTARI (INSAT)
Friday 08 October 2021, 09:30am
Hits : 41
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,


JEMPUTAN KE WEBINAR PENGKOMERSIALAN TANAMAN HALIA UNTUK GRADUAN AGROPRENEUR (SIRI 2/2021) ANJURAN INSTITUT AGROTEKNOLOGI LESTARI (INSAT)



Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.



2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Agroteknologi Lestari (INSAT) Universiti Malaysia Perlis akan menganjurkan sesi Webinar: Pengkomersialan Tanaman Halia untuk Graduan Agropreneur (Siri 2 /2021) seperti ketetapan di bawah:



Tarikh : 08 Oktober 2021 (Jumaat)


Masa : 9.30 Pagi



Pautan : https://meet.google.com/bqs-dqid-xfj



3. Sehubungan dengan itu, pihak INSAT ingin menjemput YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menyertai program ini. Penyertaan ini adalah terbuka kepada semua staf dan kehadiran akan dikira sebagai satu (1) hari berkursus. Bersama-sama ini disertakan poster program untuk perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.



4. Perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.



Poster: https://drive.google.com/file/d/11S7vvodTNBGxHuq5YqrJSfJmDj5aTDWB/view?usp=sharing





Sekian, terima kasih.






"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
'Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan'


Saya yang Menjalankan Amanah:

Nur Marwani Maliki
Penolong Pendaftar
Institut Agroteknologi Lestari
Universiti Malaysia Perlis