Tuesday 28 September 2021, 02:15pm - 05:30pm
Hits : 41
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE SESI PENERANGAN DATA MIKRO KEPADA UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
2. Seperti yang YBrs. Dr. sedia maklum, Memorandum Persefahaman (MoU) antara DOSM dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telahpun ditandatangani pada 15 November 2019 lalu, di Dewan Warisan, Kangar sempena berlansungnya santapan makan malam sempena konvokesyen kali ke-14 UniMAP. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin dan mantan Naib Canselor, Universiti Malaysia Perlis, YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad.
3. Antara bidang kerjasama yang dipersetujui antara kedua-dua pihak ini adalah DOSM akan membekalkan data mikro ekonomi dan sosioekonomi bagi tujuan kajian ilmiah dan penyelidikan warga UniMAP. Lanjutan daripada penyerahan data mikro yang telah dibekalkan kepada UniMAP pada 21 Mei 2021, satu sesi penerangan data mikro kepada UniMAP ini akan diadakan sepertimana butiran berikut :
Tarikh
:
28 September 2021 (Selasa)
Masa
:
2.15 - 5.30 petang
Tempat
:
Secara atas talian (Microsoft Teams)
https://teams.microsoft.com/l/meetup-join/19%3ameeting_MjhjZGY5ZDYtYmMyOC00NjQyLWI5M2ItNmMxNmY4MGZhNTVi%40thread.v2/0?context=%7b%22Tid%22%3a%221a3712c6-dcdd-461f-aed6-7dba5d8aa91f%22%2c%22Oid%22%3a%22dc4fd0a2-8206-4935-b407-d78f06b00263%22%7d
Agenda
:
seperti di Lampiran A
3. Sehubungan ini, YBrs. Dr. dan staf UniMAP dengan segala hormatnya dijemput hadir mendengar taklimat tersebut. Kerjasama dan perhatian pihak YBrs. Dr. dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sila rujuk lampiran di sini: https://drive.google.com/file/d/1d-8lGEC_k9EVmZ3dIRls5sqFlbERpKJo/view?usp=sharing
Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
Heirnizah Melati binti Jamri
b.p Pengarah
Institut Latihan Statistik Malaysia
Jabatan Perangkaan Malaysia
(6 05 - 406 6209 / 013 - 404 4249 | 6 6 05 - 438 6005 | * This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.