Event & Aktiviti


Notice: Undefined variable: yearslist in /home/web2016/public_html/components/com_jevents/libraries/jeventshtml.php on line 144

Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/web2016/public_html/libraries/cms/html/select.php on line 592
PROGRAM CELCOM SISWAPRENEUR @ GOOGLE BOOTCAMP 2021 SECARA ATAS TALIAN (TERBUKA KEPADA KAKITANGAN DAN PELAJAR)
Sunday 26 September 2021, 09:00am - 05:00pm
Hits : 63
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,


JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM CELCOM SISWAPRENEUR @ GOOGLE BOOTCAMP 2021 SECARA ATAS TALIAN (TERBUKA KEPADA KAKITANGAN DAN PELAJAR)



Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.



2. Pelaksanaan program Celcom Siswapreneur @Google Bootcamp 2021 merupakan inisiatif lanjutan Celcom Axiata Berhad dengan kerjasama Google Malaysia. Ianya selaras dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan usahawan di kalangan graduan serta memiliki ciri-ciri usahawan digital yang kompetitif dan berjaya. Menerusi program yang telah dilaksanakan sebelum ini, pihak Celcom menerima sambutan yang amat menggalakkan dan maklumbalas positif daripada pihak institusi dan pelajar.



3. Program ini bakal dijalankan untuk tahun keempat pada 25 hingga 29 Oktober 2021 secara atas talian, dalam beberapa sesi berbeza mengikut kumpulan institusi yang ditetapkan. Kursus ini adalah diiktiraf Google, di mana peserta akan diberi pengetahuan dan pendedahan dengan ilmu keusahawanan digital. Di samping itu, kursus ini juga dapat membantu peserta untuk memulakan perniagaan dan meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan. Peserta juga akan didedahkan dengan perkongsian pengalaman daripada usahawan yang telah berjaya dalam program bual bicara. Bahan pembelajaran boleh diakses semula oleh kesemua peserta dan juga keseluruhan warga kampus sehingga 30 November 2021.



4. Program Celcom Siswapreneur @Google Bootcamp 2021 ini akan diadakan pada ketetapan berikut:



Tarikh : 26 Oktober 2021 (Selasa) & 29 Oktober 2021 (Jumaat)

Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang & 9.00 pagi – 12.30 tengahari

*pendaftaran peserta bermula pada 8.45 pagi

Institusi : Universiti Malaysia Perlis (Kumpulan B)

Kursus : Celcom Siswapreneur@Google Bootcamp 2021

Mod Pelaksanaan : Atas talian



5. Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati menjemput KAKITANGAN DAN PELAJAR Universiti Malaysia Perlis untuk menyertai dan memberi maklumat penuh peserta menerusi pautan https://tiny.cc/CelcomRegister selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2021 (Jumaat) untuk tindakan kami selanjutnya. Setiap peserta yang mengikuti program ini akan diberikan e-sijil penyertaan. Bersama ini dilampirkan agenda penuh program tersebut.



Segala perhatian dan kerjasama adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.



Sila rujuk lampiran di sini: https://drive.google.com/file/d/1D5ADsqnUQ22aiyOqyu62vtJcb9n-u6EX/view?usp=sharing



Sekian.



"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"



“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

‘Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan’



Yang menjalankan amanah,





Bahagian Kerjaya dan Keusahawanan

Pusat Keusahawanan, Jaringan Industri & Masyarakat (CEICnet)

No. Tel: 04-9885722

Faks: 04-9885723

e-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.