Monday 13 September 2021, 10:00am - 12:00pm
Hits : 57
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ASSALAMUALAIKUM WBT & SALAM SEJAHTERA
YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Dato'/Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE PROGRAM BUAL BICARA BERSAMA TOKOH (SIRI 1) SEMPENA SAMBUTAN DUA DEKAD UniMAP
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan, Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Perlis akan mengadakan PROGRAM BUAL BICARA BERSAMA TOKOH (Siri 1) SEMPENA SAMBUTAN DUA DEKAD UniMAP pada 13 September 2021 (Isnin) secara dalam talian. Program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi pengalaman dalam menelusuri Dua Dekad penubuhan UniMAP bersama tokoh-tokoh pembangunan Universiti.
3. Sehubungan dengan itu, warga UniMAP dijemput untuk mengikuti program ini seperti butiran berikut:
Ucaptama 1:
Tajuk - “Pembangunan KUKUM (kini UniMAP) dalam aspek PESTLE : Cabaran dan Strategi”
Keynote Speaker: YBhg. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin,
Mantan Naib Canselor Pertama dan Mantan Pengerusi LPU ke-6 UniMAP
Moderator: En Mustaffa Ismail,Pengarah Jabatan Keselamatan, UniMAP
Tarikh : 13 September 2021 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Platform : Webex
Meeting link : https://unimap.webex.com/unimap/j.php?MTID=md0d991dffcdd14239ac2dba90838de99
Meeting number: 2513 870 7284
Password: bicaratokoh
Forum 1:
Tajuk: Perubahan Kampus Teragih kepada Kampus Tetap : Cabaran yang dilalui dalam konteks penyediaan infrastruktur dan infostruktur
Panel 1 : YBhg. Dato’ Dr. Mohd Sofi Osman (Mantan Pengerusi LPU ke-5, UniMAP)
Panel 2 : YBhg. Dato’ Dr. Ir. Ts. Annuar Mohd Saffar (Mantan Ahli LPU UniMAP)
Moderator : Prof. Madya Dr. Khairul Azwan Ismail, Pengarah Jabatan Pembangunan UniMAP
Tarikh : 13 September 2021 (Isnin)
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Platform: Webex
Meeting link: https://unimap.webex.com/unimap/j.php?MTID=md2230ec805553edd312b1ef3025c1ebf
Meeting number: 2510 695 1675
Password: bicaratokoh
Program ini juga boleh ditonton menerusi FB Rasmi Universiti Malaysia Perlis.
Penglibatan beretika dengan kehadiran penuh akan direkodkan sebagai 1 Hari Berkursus.
Bersama-sama ini disertakan Atur cara dan Poster program untuk rujukan dan makluman semua. Semoga dengan kehadiran YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Dato'/Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, dapat memeriahkan lagi Sambutan Dua Dekad UniMAP.
Mohon rujuk lampiran disini : https://drive.google.com/file/d/1eZRhEGX1yw4D3YxaU2psL_GVja8IN5RH/view?usp=sharing
Sekian, terima kasih.