Event & Aktiviti


Notice: Undefined variable: yearslist in /home/web2016/public_html/components/com_jevents/libraries/jeventshtml.php on line 144

Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/web2016/public_html/libraries/cms/html/select.php on line 592
PROGRAM PATRIOTIK@UniMAP ANJURAN PUSAT KEBUDAYAAN, UniMAP
Wednesday 15 September 2021
Hits : 65
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan,

HEBAHAN PROGRAM PATRIOTIK@UniMAP ANJURAN PUSAT KEBUDAYAAN, UniMAP

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kebudayaan (PKBU) dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor (PNC) dan Pusat Komunikasi Korporat (PKK) akan menganjurkan program Patriotik@UniMAP bersempena Sambutan Kemerdekaan peringkat UniMAP dan Sambutan 2 Dekad UniMAP yang akan diadakan pada 15 September 2021 (Rabu) secara langsung di laman rasmi Facebook Pusat Kebudayaan, UniMAP.

3. Sehubungan itu, PKBU ingin menjemput seluruh warga UniMAP untuk bersama-sama menyaksikan Patriotik@UniMAP kerana jemputan istimewa bagi program berkenaan adalah YBhg. Naib Canselor UniMAP. Warga UniMAP juga boleh melayari Youtube dan Facebook rasmi Pusat Kebudayaan, UniMAP untuk menyaksikan 'teaser' bagi program tersebut.

Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=P_eI7gYO59U
Facebook : https://www.facebook.com/ukr.unimap/

4. Bagi staf UniMAP yang menyaksikan program berkenaan akan mendapat 1 hari berkursus.

Segala kerjasama dan perhatian seluruh warga UniMAP dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
'Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan'

Pusat Kebudayaan (PKBU)
Universiti Malaysia Perlis