Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

KEPADA: SEMUA PELAJAR DAN STAF UniMAP 

HEBAHAN : PENDAFTARAN KURSUS SECARA DALAM TALIAN BAGI  PELAJAR PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN UniMAP - SEMESTER 2 SIDANG AKADEMIK 2024/2025 

Merujuk kepada perkara di atas. 

2. Dimaklumkan berkenaan jadual tarikh-tarikh pendaftaran kursus bagi pelajar  program Diploma Kejuruteraan UniMAP untuk Semester 2, Sidang Akademik  2024/2025 adalah seperti di dalam lampiran. Pendaftaran kursus secara dalam  talian ini akan mula dibuka kepada semua pelajar bermula 23 Disember 2024  (Isnin), jam 9.00 pagi

3. Sila ambil maklum, pelajar yang telah mendaftar pada pra-pendaftaran  adalah WAJIB mendaftar semula kursus secara dalam talian mengikut tarikh dan  arahan yang ditetapkan. (Sila rujuk manual terkini di muka depan paparan  sistem pendaftaran)

4. Pendaftaran kursus dalam talian boleh dilakukan dengan menggunakan  pautan seperti berikut: https://courseregdip.unimap.edu.my/. 

5. Pelajar yang tidak mendaftar semasa pra-pendaftaran hanya dibenarkan  mendaftar kursus secara dalam talian dalam tempoh yang ditetapkan iaitu bermula  6 Januari 2025 (Isnin) dan tertakluk kepada kekosongan kuota. 

Segala kerjasama dan perhatian semua, didahulukan dengan ucapan terima kasih. 

Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar (UKRP) 

Bahagian Pengurusan Akademik (AMD) 

Pusat Pengurusan Akademik

PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK 

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK 

TAKWIM AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR PROGRAM DIPLOMA  

SEMESTER 2 SIDANG AKADEMIK 2024/2025

AKTIVITI 

TARIKH 

TEMPOH 

NOTA

PENDAFTARAN WAJIB [Tempoh RASMI  aktiviti pendaftaran  kursus secara dalam  talian] 

[Wajib]

23 Disember 2024 – 5 Januari 2025 

2 minggu 

Pelajar perlu membuat pendaftaran WAJIB mengikut kursus yang telah ditetapkan dan  LULUS kursus yang mempunyai pra-syarat. 

Pelajar yang AKTIF diwajibkan mendaftar  kursus menggunakan pautan berikut: https://courseregdip.unimap.edu.my 

Hanya pelajar yang berstatus akademik aktif  dibenarkan mendaftar secara dalam talian. Pelajar perlu menyelesaikan hutang tertunggak  terlebih dahulu (sekiranya ada) sebelum  dibenarkan mendaftar. 

Pelajar dinasihatkan mendaftar pada tarikh  yang ditetapkan. 

Pelajar dikehendaki mendaftar kursus dengan  jumlah minimum 10 kredit sehingga maksimum  20 kredit.

KULIAH BERMULA 30 DISEMBER 2024 (ISNIN)

PENDAFTARAN  

PELAJAR BERSTATUS  PERCUBAAN (P) 

[Menggunakan  

Borang]

30 Disember 2024 – 10 Januari 2025 

10 hari  

waktu bekerja

Pelajar berstatus akademik Percubaan (P1/P2)  menggunakan Borang HEA (B) -02 [a] Borang  Pendaftaran Kursus: Status Percubaan dan  menghantar borang ke Fakulti masing-masing  untuk diproses. 

Pelajar perlu mendapatkan penasihatan RPS  sebelum mengisi borang.

SESI BERSAMA RAKAN  PENDAMPING SISWA  (RPS) / PENASIHAT  AKADEMIK- SESI  

PERTAMA 

[Wajib]

30 Disember 2024 – 3 Januari 2025 

5 hari waktu  

bekerja

Pelajar perlu mencetak slip pendaftaran kursus  untuk dibawa kepada Rakan Pendamping Siswa  (RPS)/Penasihat Akademik bagi tujuan  pengesahan. 

Pendaftaran kursus tanpa mendapat  pengesahan daripada RPS dianggap tidak sah  dan memberi kesan kepada slip peperiksaan  akan datang. 

TAMBAH KURSUS  

[Dalam Talian]

6 Januari 2025 – 12 Januari 2025 

1 minggu 

Pelajar dibenarkan membuat pembetulan /  pindaan kepada pendaftaran kursus meliputi  penambahan, pengguguran dan pembetulan  kod sesuatu kursus. 

Penambahan kursus baharu adalah tertakluk  kepada kekosongan kuota. Sebarang  permintaan untuk penambahan kuota tidak  akan dipertimbangkan. 

Pelajar perlu menyemak jadual waktu sebelum  penambahan kursus dibuat. 

Sebarang kelewatan pendaftaran dan  penambahan kursus tidak boleh diterima  kecuali atas sebab-sebab tertentu yang  diluluskan oleh Dekan Fakulti. 

Pelajar dinasihatkan agar mencetak semula slip  pendaftaran kursus setelah mengemaskini  kursus. 

Pelajar perlu menyelesaikan hutang yang  tertunggak dan yuran semester semasa untuk  membuat pendaftaran kursus.



GUGUR KURSUS  

[Dalam Talian]

6 Januari 2025 – 19 Januari 2025 

2 minggu 

Tempoh pelajar menggugurkan kursus secara  dalam talian.

PENDAFTARAN  

KURSUS LEWAT 

[Pendaftaran kursus  lewat tanpa alasan  yang kukuh dalam  tempoh ini boleh  dikenakan denda  RM50.00.]

13 Januari 2025 – 17 Januari 2025 

5 hari waktu  

bekerja

Pendaftaran kursus lewat perlu menggunakan  Borang HEA (B) -02 [b] Borang Pendaftaran  Kursus Lewat dan dihantar ke Fakulti untuk  diproses. 

Pelajar perlu menyelesaikan hutang tertunggak  dan yuran semasa dalam tempoh ini (sekiranya  berkaitan). 

Sila sertakan bersama resit/bukti pembayaran  semasa menghantar borang pendaftaran  kursus lewat.

SESI BERSAMA RPS  / PENASIHAT  

AKADEMIK- SESI  

KEDUA 

[Wajib]

13 Januari 2025 – 17 Januari 2025 

5 hari waktu  

bekerja

Pelajar perlu mencetak semula slip pendaftaran  kursus yang telah dikemaskini bagi tujuan  pengesahan kali kedua.

GUGUR KURSUS 

[Menggunakan  

Borang]

20 Januari 2025 – 21 Februari 2025 

20 hari waktu  

bekerja

Menggunakan borang HEA (B) -03 Borang  Permohonan Gugur Kursus dan dihantar ke  Fakulti untuk diproses. 

Pelajar perlu mendapatkan tandatangan  RPS/Penasihat Akademik serta kelulusan Dekan  Fakulti dan seterusnya diserahkan kepada  Penolong Pendaftar Fakulti untuk dikemaskini  dalam sistem.

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER (27 JANUARI 2025 – 2 FEBRUARI 2025) **tertakluk perubahan

TARIK DIRI KURSUS [Menggunakan  

Borang]

24 Februari 2025 – 28 Mac 2025 

25 hari waktu  

bekerja

Menggunakan borang HEA (B) -04 Borang  Permohonan Tarik Diri Kursus dan dihantar  ke Fakulti untuk diproses. 

Pelajar perlu mendapatkan tandatangan  (RPS)/Penasihat Akademik, Dekan dan  Penolong Pendaftar Fakulti. Seterusnya  borang dimajukan kepada Unit Kemasukan  dan Rekod Pelajar untuk dikemaskini. 

Selepas tempoh ini, permohonan Tarik Diri  tidak akan diterima. 

Status Tarik Diri (TD) akan tercatat dalam  rekod pendaftaran kursus dan transkrip  pelajar.

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2, 2024/2025



Sebarang masalah berkaitan, boleh menghubungi nombor telefon/emel seperti dibawah: 

Pusat Pengurusan dan Pembangunan Digital (DMDC) 

: 04-9414401/4402/4403 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar (UKRP) 

: 04-9414056/4065 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) Fakulti Perniagaan & Komunikasi (FPK) 

: (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektrik (FKTE) 

: 04-9885601 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektronik (FKTEN) 

: 04-9885509 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (jThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal (FKTM) 

: 04-9885036 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Kimia (FKTK) 

: 04-9798626 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) Institut Matematik Kejuruteraan (IMK) 

: 04-9885705/5702 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pusat Kokurikulum : (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)