Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
KEPADA: SEMUA PELAJAR DAN STAF UniMAP
HEBAHAN : PENDAFTARAN KURSUS SECARA DALAM TALIAN BAGI PELAJAR PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN UniMAP - SEMESTER 1 SIDANG AKADEMIK 2024/2025
Merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan berkenaan jadual tarikh-tarikh pendaftaran kursus bagi pelajar program Diploma Kejuruteraan UniMAP untuk Semester 1, Sidang Akademik 2024/2025 adalah seperti di dalam lampiran. Pendaftaran kursus secara dalam talian ini akan mula dibuka kepada semua pelajar bermula 22 Julai 2024 (Isnin), jam 9.00 pagi.
3. Sila ambil maklum, pelajar yang telah mendaftar pada pra-pendaftaran adalah WAJIB mendaftar semula kursus secara dalam talian mengikut tarikh dan arahan yang ditetapkan. (Sila rujuk manual terkini di muka depan paparan sistem pendaftaran).
4. Pendaftaran kursus dalam talian boleh dilakukan dengan menggunakan pautan seperti berikut: https://courseregdip.unimap.edu.my/.
5. Pelajar yang tidak mendaftar semasa pra-pendaftaran hanya dibenarkan mendaftar kursus secara dalam talian dalam tempoh yang ditetapkan iaitu bermula 5 Ogos 2024 (Isnin) dan tertakluk kepada kekosongan kuota.
Segala kerjasama dan perhatian semua, didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar (UKRP)
Bahagian Pengurusan Akademik (AMD)
Pusat Pengurusan Akademik
PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
TAKWIM AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR PROGRAM DIPLOMA
SEMESTER 1 SIDANG AKADEMIK 2024/2025
AKTIVITI
|
TARIKH
|
TEMPOH
|
NOTA
|
PENDAFTARAN WAJIB
[Tempoh RASMI aktiviti pendaftaran kursus secara dalam talian]
[Wajib]
|
22 Julai 2024 – 4 Ogos 2024
|
2 minggu
|
▪ Pelajar perlu membuat pendaftaran WAJIB mengikut kursus yang telah ditetapkan dan LULUS kursus yang mempunyai pra-syarat.
▪ Pelajar yang AKTIF diwajibkan mendaftar kursus menggunakan pautan berikut: https://courseregdip.unimap.edu.my
▪ Hanya pelajar yang berstatus akademik aktif dibenarkan mendaftar secara dalam talian. ▪ Pelajar perlu menyelesaikan hutang tertunggak terlebih dahulu (sekiranya ada) sebelum dibenarkan mendaftar.
▪ Pelajar dinasihatkan mendaftar pada tarikh yang ditetapkan.
▪ Pelajar dikehendaki mendaftar kursus dengan jumlah minimum 10 kredit sehingga maksimum 20 kredit.
|
KULIAH BERMULA 29 JULAI 2024 (ISNIN)
|
PENDAFTARAN PELAJAR BERSTATUS PERCUBAAN (P) [Menggunakan Borang]
|
29 Julai 2024 – 9 Ogos 2024
|
10 hari
waktu bekerja
|
▪ Pelajar berstatus akademik Percubaan (P1/P2) menggunakan Borang HEA (B) -02 [a] Borang Pendaftaran Kursus: Status Percubaan dan menghantar borang ke Fakulti masing-masing untuk diproses.
▪ Pelajar perlu mendapatkan penasihatan RPS sebelum mengisi borang.
|
SESI BERSAMA RAKAN
PENDAMPING SISWA (RPS) / PENASIHAT AKADEMIK- SESI PERTAMA
[Wajib]
|
29 Julai 2024 – 2 Ogos 2024
|
5 hari waktu
bekerja
|
▪ Pelajar perlu mencetak slip pendaftaran kursus untuk dibawa kepada Rakan Pendamping Siswa (RPS)/Penasihat Akademik bagi tujuan pengesahan.
▪ Pendaftaran kursus tanpa mendapat pengesahan daripada RPS dianggap tidak sah dan memberi kesan kepada slip peperiksaan akan datang.
|
TAMBAH KURSUS
[Dalam Talian]
|
5 Ogos 2024 – 11 Ogos 2024
|
1 minggu
|
▪ Pelajar dibenarkan membuat pembetulan / pindaan kepada pendaftaran kursus meliputi penambahan, pengguguran dan pembetulan kod sesuatu kursus.
▪ Penambahan kursus baharu adalah tertakluk kepada kekosongan kuota. Sebarang permintaan untuk penambahan kuota tidak akan dipertimbangkan.
▪ Pelajar perlu menyemak jadual waktu sebelum penambahan kursus dibuat.
▪ Sebarang kelewatan pendaftaran dan penambahan kursus tidak boleh diterima kecuali atas sebab-sebab tertentu yang diluluskan oleh Dekan Fakulti.
▪ Pelajar dinasihatkan agar mencetak semula slip pendaftaran kursus setelah mengemaskini kursus.
▪ Pelajar perlu menyelesaikan hutang yang tertunggak dan yuran semester semasa untuk membuat pendaftaran kursus.
|
GUGUR KURSUS
[Dalam Talian]
|
5 Ogos 2024 – 18 Ogos 2024
|
2 minggu
|
▪ Tempoh pelajar menggugurkan kursus secara dalam talian.
|
PENDAFTARAN KURSUS LEWAT
[Pendaftaran kursus lewat tanpa alasan yang kukuh dalam tempoh ini boleh dikenakan denda RM50.00.]
|
12 Ogos 2024 – 16 Ogos 2024
|
5 hari waktu
bekerja
|
▪ Pendaftaran kursus lewat perlu menggunakan Borang HEA (B) -02 [b] Borang Pendaftaran Kursus Lewat dan dihantar ke Fakulti untuk diproses.
▪ Pelajar perlu menyelesaikan hutang tertunggak dan yuran semasa dalam tempoh ini (sekiranya berkaitan).
▪ Sila sertakan bersama resit/bukti pembayaran semasa menghantar borang pendaftaran kursus lewat.
|
SESI BERSAMA RPS /
PENASIHAT AKADEMIK SESI KEDUA
[Wajib]
|
12 Ogos 2024 – 16 Ogos 2024
|
5 hari waktu
bekerja
|
▪ Pelajar perlu mencetak semula slip pendaftaran kursus yang telah dikemaskini bagi tujuan pengesahan kali kedua.
|
GUGUR KURSUS
[Menggunakan Borang]
|
19 Ogos 2024 –
13 September 2024
|
20 hari waktu
bekerja
|
▪ Menggunakan borang HEA (B) -03 Borang Permohonan Gugur Kursus dan dihantar ke Fakulti untuk diproses.
▪ Pelajar perlu mendapatkan tandatangan RPS/Penasihat Akademik serta kelulusan Dekan Fakulti dan seterusnya diserahkan kepada Penolong Pendaftar Fakulti untuk dikemaskini dalam sistem.
|
CUTI PERTENGAHAN SEMESTER (16 SEPTEMBER 2024 – 22 SEPTEMBER 2024) **tertakluk perubahan
|
TARIK DIRI KURSUS
[Menggunakan Borang]
|
23 September 2024 –
25 Oktober 2024
|
25 hari waktu
bekerja
|
▪ Menggunakan borang HEA (B) -04 Borang Permohonan Tarik Diri Kursus dan dihantar ke Fakulti untuk diproses.
▪ Pelajar perlu mendapatkan tandatangan (RPS)/Penasihat Akademik, Dekan dan Penolong Pendaftar Fakulti. Seterusnya borang dimajukan kepada Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar untuk dikemaskini.
▪ Selepas tempoh ini, permohonan Tarik Diri tidak akan diterima.
▪ Status Tarik Diri (TD) akan tercatat dalam rekod pendaftaran kursus dan transkrip pelajar.
|
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1, 2024/2025
|
Sebarang masalah berkaitan, boleh menghubungi nombor telefon/emel seperti dibawah:
❖ Pusat Pengurusan dan Pembangunan Digital (DMDC)
: 04-9414401/4402/4403 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
❖ Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar (UKRP)
: 04-9414056/4065 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) ❖ Fakulti Perniagaan & Komunikasi (FPK)
: (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
❖ Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektrik (FKTE)
: 04-9885601 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) ❖ Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektronik (FKTEN)
: 04-9885509 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (jThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) ❖ Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal (FKTM)
: 04-9885036 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) ❖ Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Kimia (FKTK)
: 04-9798626 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) ❖ Institut Matematik Kejuruteraan (IMK)
: 04-9885705/5702 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
❖ Pusat Kokurikulum
: (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)