Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

KEPADA: SEMUA PELAJAR DAN STAF UniMAP 

HEBAHAN : PERMOHONAN KURSUS SEMESTER TAMBAHAN SIDANG  AKADEMIK 2023/2024 SECARA DALAM TALIAN BAGI PELAJAR PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN UniMAP  

Merujuk kepada perkara di atas. 

2. Dimaklumkan bahawa akses permohonan kursus Semester Tambahan Sidang  Akademik 2023/2024 akan dibuka kepada pelajar program Diploma Kejuruteraan  UniMAP yang layak sahaja. 

3. Sistem permohonan ini akan dibuka kepada pelajar pada 29 Januari 2024 (Isnin) sehingga 04 Februari 2024 (Ahad), jam 9.00 pagi. Permohonan kursus boleh dilakukan melalui laman sesawang seperti berikut: https://osi.unimap.edu.my. 

4. Dipohon untuk mengambil maklum bahawa pelajar yang memohon dalam  tempoh sistem ini dibuka sahaja akan DIBENARKAN untuk mendaftar semasa  tempoh pendaftaran kursus Semester Tambahan dibuka. 

Segala kerjasama dan perhatian semua, didahulukan dengan ucapan terima kasih. 

Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar (UKRP) 

Bahagian Pengurusan Akademik (AMD) 

 

Pusat Pengurusan Akademik