Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

KEPADA: SEMUA PELAJAR DAN STAF UniMAP 

HEBAHAN : PENDAFTARAN KURSUS SECARA DALAM TALIAN BAGI PELAJAR PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN UniMAP - SEMESTER 2 SIDANG  AKADEMIK 2023/2024 

Merujuk kepada perkara di atas. 

2. Dimaklumkan berkenaan jadual tarikh-tarikh pendaftaran kursus bagi  pelajar program Diploma Kejuruteraan UniMAP untuk Semester 2 Sidang Akademik  2023/2024 adalah seperti di lampiran. Pendaftaran kursus secara dalam talian ini  akan dibuka kepada semua pelajar bermula 01 Januari 2024 (Isnin), jam 9.00  pagi. 

3. Sila mengambil maklum bahawa pelajar yang telah mendaftar pada pra pendaftaran adalah WAJIB untuk mendaftar semula kursus secara dalam talian  mengikut tarikh dan arahan yang ditetapkan. 

4. Pendaftaran kursus secara dalam talian boleh dilakukan dengan  menggunakan pautan seperti berikut:https://courseregdip.unimap.edu.my 

5. Pelajar yang tidak mendaftar semasa pra-pendaftaran hanya  dibenarkan mendaftar kursus secara dalam talian dalam tempoh yang ditetapkan iaitu  bermula 15 Januari 2024 (Isnin) dan tertakluk kepada kekosongan kuota. 

Segala kerjasama dan perhatian semua, didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian. 

Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar (UKRP) 

Bahagian Pengurusan Akademik (AMD) 

Pusat Pengurusan Akademik

PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK 

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK 

TAKWIM AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR PROGRAM DIPLOMA  

SEMESTER 2 SIDANG AKADEMIK 2023/2024

AKTIVITI 

TARIKH 

TEMPOH 

NOTA

PENDAFTARAN WAJIB 

[Tempoh RASMI aktiviti  pendaftaran kursus secara  dalam talian] 

[Wajib]

01 – 14 Januari 2024 

2 minggu 

Pelajar perlu membuat pendaftaran WAJIB mengikut kursus yang telah ditetapkan dan  LULUS kursus yang mempunyai pra-syarat. 

Pelajar yang AKTIF sahaja dibenarkan  mendaftar kursus secara dalam talian. 

Pelajar perlu menyelesaikan hutang tertunggak  terlebih dahulu (sekiranya ada) sebelum  dibenarkan mendaftar. 

Pelajar dinasihatkan mendaftar pada tarikh  yang ditetapkan. 

Pelajar dikehendaki mendaftar kursus dengan  jumlah minimum 10 kredit sehingga maksimum  20 kredit.

KULIAH BERMULA 08 JANUARI 2024 (ISNIN)

PENDAFTARAN PELAJAR  BERSTATUS PERCUBAAN (P) [Menggunakan borang]

08 – 19 Januari 2024 

10 hari  

waktu bekerja

Pelajar berstatus akademik Percubaan (P1/P2)  menggunakan Borang HEA (B) -02 [a] Borang  Pendaftaran Kursus: Status Percubaan dan  menghantar borang ke Fakulti masing-masing  untuk diproses. 

Pelajar perlu mendapatkan penasihatan RPS  sebelum mengisi borang.

SESI BERSAMA RAKAN  

PENDAMPING SISWA (RPS) /  PENASIHAT AKADEMIK 

Sesi Pertama 

[Wajib]

08 – 12 Januari 2024 

5 hari 

waktu bekerja

Pelajar perlu mencetak slip pendaftaran kursus  untuk dibawa kepada RPS / Penasihat  Akademik bagi tujuan pengesahan. 

Pendaftaran kursus tanpa mendapat  pengesahan daripada RPS dianggap tidak sah  dan memberi kesan kepada slip peperiksaan  akan datang. 

TAMBAH KURSUS  

[Dalam Talian]

15 – 21 Januari 2024 

1 minggu 

Pelajar dibenarkan membuat pembetulan /  pindaan kepada pendaftaran kursus meliputi  penambahan, pengguguran dan pembetulan  kod sesuatu kursus. 

Penambahan kursus baharu adalah tertakluk  kepada kekosongan kuota. Sebarang  permintaan untuk penambahan kuota tidak  akan dipertimbangkan. 

Pelajar perlu menyemak jadual waktu sebelum  penambahan kursus dibuat. 

Sebarang kelewatan pendaftaran dan  penambahan kursus tidak boleh diterima  kecuali atas sebab-sebab tertentu yang  diluluskan oleh Dekan Fakulti. 

Pelajar dinasihatkan agar mencetak semula slip  pendaftaran kursus setelah mengemaskini  kursus. 

Pelajar perlu menyelesaikan hutang yang  tertunggak dan yuran semester semasa untuk  membuat pendaftaran kursus.

GUGUR KURSUS  

[Dalam Talian]

15 – 28 Januari 2024 

2 minggu 

Tempoh pelajar menggugurkan kursus secara  dalam talian.



PENDAFTARAN KURSUS  LEWAT 

[Pendaftaran kursus lewat  tanpa alasan yang kukuh  dalam tempoh ini boleh  dikenakan denda RM50.00.]

22 – 26 Januari 2024 

5 hari waktu  

bekerja

Pendaftaran kursus lewat perlu menggunakan  Borang HEA (B) -02 [b] Borang Pendaftaran  Kursus Lewat dan dihantar ke Fakulti untuk  diproses. 

Pelajar perlu menyelesaikan hutang tertunggak  dan yuran semasa dalam tempoh ini (sekiranya  berkaitan). 

Sila sertakan bersama resit/bukti pembayaran  semasa menghantar borang pendaftaran  kursus lewat.

SESI BERSAMA RPS /  

PENASIHAT AKADEMIK Sesi Kedua 

[Wajib]

22 – 26 Januari 2024 

5 hari waktu  

bekerja

Pelajar perlu mencetak semula slip pendaftaran  kursus yang telah dikemaskini bagi tujuan  pengesahan kali kedua.

GUGUR KURSUS 

[Menggunakan borang]

29 Januari – 01 Mac 2024 

20 hari waktu  bekerja

Menggunakan borang HEA (B) -03 Borang  Permohonan Gugur Kursus dan dihantar ke  Fakulti untuk diproses. 

Pelajar perlu mendapatkan tandatangan  RPS/Penasihat Akademik serta kelulusan Dekan  Fakulti dan seterusnya diserahkan kepada  Penolong Pendaftar Fakulti untuk dikemaskini  dalam sistem.

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER (12 – 18 FEBRUARI 2024) **tertakluk perubahan

TARIK DIRI KURSUS 

[Menggunakan borang]

04 Mac – 5 April 2024 

25 hari waktu  bekerja

Menggunakan borang HEA (B) -04 Borang  Permohonan Tarik Diri Kursus dan dihantar  ke Fakulti untuk diproses. 

Pelajar perlu mendapatkan tandatangan  (RPS)/Penasihat Akademik, Dekan dan  Penolong Pendaftar Fakulti. Seterusnya  borang dimajukan kepada Unit Kemasukan  dan Rekod Pelajar untuk dikemaskini. 

Selepas tempoh ini, permohonan Tarik Diri  tidak akan diterima. 

Status Tarik Diri (TD) akan tercatat dalam  rekod pendaftaran kursus dan transkrip  pelajar.

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2, 2023/2024



Sebarang masalah berkaitan, boleh menghubungi nombor telefon/emel seperti dibawah: 

Pusat Pengurusan dan Pembangunan Digital (DMDC) 

: 04-9414401/4402/4403 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar (UKRP) 

: 04-9414056/4065 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) Fakulti Perniagaan & Komunikasi (FPK) 

: (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektrik (FKTE) 

: 04-9885601 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektronik (FKTEN) 

: 04-9885509 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (jThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal (FKTM) 

: 04-9885036 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Kimia (FKTK) 

: 04-9798626 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) Institut Matematik Kejuruteraan (IMK) 

: 04-9885705/5702 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pusat Kokurikulum 

 

: (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)