Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

KEPADA: SEMUA PELAJAR DAN STAF UniMAP 

HEBAHAN : PENDAFTARAN KURSUS SECARA DALAM TALIAN BAGI  PELAJAR PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN UniMAP - SEMESTER 1 SIDANG AKADEMIK 2023/2024 

Merujuk kepada perkara di atas. 

2. Dimaklumkan bahawa jadual tarikh pendaftaran kursus bagi pelajar program Diploma Kejuruteraan UniMAP untuk Semester 1 Sidang Akademik  2023/2024 adalah seperti di lampiran. Pendaftaran kursus secara dalam talian  ini akan dibuka kepada semua pelajar pada 24 Julai 2023 (Isnin), jam  9.00 pagi. 

3. Pendaftaran kursus ini adalah WAJIB kepada semua pelajar program DIPLOMA KEJURUTERAAN dan perlu dilakukan secara dalam talian (https://courseregdip.unimap.edu.my) pada 24 Julai 2023 (Isnin) sehingga 6 Ogos 2023 (Ahad). 

4. Sekiranya pelajar menghadapi sebarang masalah berkaitan pendaftaran  kursus, sila e-Mel ke alamat e-Mel yang disertakan di lampiran. 

Segala kerjasama dan perhatian semua, didahulukan dengan ucapan terima  kasih. 

Sekian. 

Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar (UKRP) 

Bahagian Pengurusan Akademik (AMD) 

Pusat Pengurusan Akademik

 

PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK 

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK 

TAKWIM AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR PROGRAM DIPLOMA  

SEMESTER 1 SIDANG AKADEMIK 2023/2024

 

AKTIVITI 

TARIKH 

TEMPOH 

NOTA

PENDAFTARAN WAJIB 

[Tempoh RASMI aktiviti  pendaftaran kursus secara  dalam talian] 

(WAJIB)

24 Julai 2023 – 6 Ogos 2023 

2 minggu 

Pelajar perlu membuat pendaftaran WAJIB mengikut kursus yang telah ditetapkan dan  LULUS kursus yang mempunyai pra-syarat. 

Pelajar yang AKTIF diwajibkan mendaftar  kursus menggunakan pautan berikut: https://courseregdip.unimap.edu.my 

Hanya pelajar yang berstatus akademik aktif  dibenarkan mendaftar secara dalam talian. Pelajar perlu menyelesaikan hutang tertunggak  terlebih dahulu (sekiranya ada) sebelum  dibenarkan mendaftar. 

Pelajar dinasihatkan mendaftar pada tarikh  yang ditetapkan. 

Pelajar dikehendaki mendaftar kursus dengan  jumlah minimum 10 kredit sehingga maksimum  20 kredit.

KULIAH BERMULA 31 JULAI 2023 (ISNIN)

PENDAFTARAN PELAJAR  BERSTATUS PERCUBAAN (P) [Menggunakan borang ]

31 Julai 2023 – 11 Ogos 2023 

10 hari  

waktu bekerja

Pelajar berstatus akademik Percubaan (P1/P2)  menggunakan Borang HEA (B) -02 [a] Borang  Pendaftaran Kursus: Status Percubaan dan  menghantar borang ke Fakulti masing-masing  untuk diproses. 

Pelajar perlu mendapatkan penasihatan RPS  sebelum mengisi borang.

SESI BERSAMA RAKAN  

PENDAMPING SISWA (RPS) /  PENASIHAT AKADEMIK- SESI  PERTAMA 

(WAJIB)

31 Julai 2023 – 4 Ogos 2023 

5 hari 

Pelajar perlu mencetak slip pendaftaran kursus  untuk dibawa kepada Rakan Pendamping Siswa  (RPS)/Penasihat Akademik bagi tujuan  pengesahan. 

Pendaftaran kursus tanpa mendapat  pengesahan daripada RPS dianggap tidak sah  dan memberi kesan kepada slip peperiksaan  akan datang. 

TAMBAH KURSUS  

[Dalam Talian]

7 Ogos 2023 -13 Ogos 2023 

1 minggu 

Pelajar dibenarkan membuat pembetulan /  pindaan kepada pendaftaran kursus meliputi  penambahan, pengguguran dan pembetulan  kod sesuatu kursus. 

Penambahan kursus baharu adalah tertakluk  kepada kekosongan kuota. Sebarang  permintaan untuk penambahan kuota tidak  akan dipertimbangkan. 

Pelajar perlu menyemak jadual waktu sebelum  penambahan kursus dibuat. 

Sebarang kelewatan pendaftaran dan  penambahan kursus tidak boleh diterima  kecuali atas sebab-sebab tertentu yang  diluluskan oleh Dekan Fakulti. 

Pelajar dinasihatkan agar mencetak semula slip  pendaftaran kursus setelah mengemaskini  kursus. 

Pelajar perlu menyelesaikan hutang yang  tertunggak dan yuran semester semasa untuk  membuat pendaftaran kursus.



GUGUR KURSUS  

[Dalam Talian]

7 Ogos 2023 – 20 Ogos 2023 

2 minggu 

Tempoh pelajar menggugurkan kursus secara  dalam talian.

PENDAFTARAN KURSUS  LEWAT 

[Pendaftaran kursus lewat  tanpa alasan yang kukuh  dalam tempoh ini boleh  dikenakan denda RM50.00.]

14 Ogos 2023 – 18 Ogos 2023 

5 hari waktu  

bekerja

Pendaftaran kursus lewat perlu menggunakan  Borang HEA (B) -02 [b] Borang Pendaftaran  Kursus Lewat dan dihantar ke Fakulti untuk  diproses. 

Pelajar perlu menyelesaikan hutang tertunggak  dan yuran semasa dalam tempoh ini (sekiranya  berkaitan). 

Sila sertakan bersama resit/bukti pembayaran  semasa menghantar borang pendaftaran  kursus lewat.

SESI BERSAMA RPS /  

PENASIHAT AKADEMIK SESI KEDUA 

(WAJIB)

14 Ogos 2023 – 18 Ogos 2023 

5 hari 

Pelajar perlu mencetak semula slip pendaftaran  kursus yang telah dikemaskini bagi tujuan  pengesahan kali kedua.

GUGUR KURSUS 

(Guna Borang)

21 Ogos 2023 – 

15 September 2023

20 hari waktu  

bekerja

Menggunakan borang HEA (B) -03 Borang  Permohonan Gugur Kursus dan dihantar ke  Fakulti untuk diproses. 

Pelajar perlu mendapatkan tandatangan  RPS/Penasihat Akademik serta kelulusan Dekan  Fakulti dan seterusnya diserahkan kepada  Penolong Pendaftar Fakulti untuk dikemaskini  dalam sistem.

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 18 SEPTEMBER 2023 – 24 SEPTEMBER 2023) **tertakluk perubahan

TARIK DIRI KURSUS 

(Guna Borang)

25 September 2023 – 

27 Oktober 2023

25 hari waktu  

bekerja

Menggunakan borang HEA (B) -04 Borang  Permohonan Tarik Diri Kursus dan dihantar  ke Fakulti untuk diproses. 

Pelajar perlu mendapatkan tandatangan  (RPS)/Penasihat Akademik, Dekan dan  Penolong Pendaftar Fakulti. Seterusnya  borang dimajukan kepada Unit Kemasukan  dan Rekod Pelajar untuk dikemaskini. 

Selepas tempoh ini, permohonan Tarik Diri  tidak akan diterima. 

Status Tarik Diri (TD) akan tercatat dalam  rekod pendaftaran kursus dan transkrip  pelajar.

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1, 2023/2024



Sebarang masalah berkaitan, boleh menghubungi nombor telefon/emel seperti dibawah: 

Pusat Pengurusan dan Pembangunan Digital (DMDC) 

: 04-9414401/4402/4403 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar (UKRP) 

: 04-9414056/4065 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) Fakulti Perniagaan & Komunikasi (FPK) 

: (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektrik (FKTE) 

: 04-9885601 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektronik (FKTEN) 

: 04-9885509 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (jThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal (FKTM) 

: 04-9885036 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Kimia (FKTK) 

: 04-9798626 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) Institut Matematik Kejuruteraan (IMK) 

: 04-9885705/5702 (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pusat Kokurikulum 

 

: (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) / (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)