PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER TAMBAHAN SIDANG AKADEMIK  2022/2023 SECARA DALAM TALIAN BAGI PELAJAR PROGRAM DIPLOMA  KEJURUTERAAN UniMAP  

Merujuk kepada perkara di atas. 

2. Dimaklumkan bahawa akses pendaftaran kursus Semester Tambahan akan  dibuka kepada pelajar program Diploma Kejuruteraan UniMAP yang telah  memohon kursus melalui Sistem Permohonan Kursus bagi mengikuti Semester  Tambahan Sidang Akademik 2022/2023. 

3. Sistem pendaftaran kursus secara dalam talian ini akan dibuka kepada pelajar  pada 03 April 2023 (Isnin) hingga 09 April 2023 (Ahad), jam 9.00 pagi. Pendaftaran kursus boleh dilakukan melalui laman web berikut:  https://osi.unimap.edu.my. 

4. Mohon untuk mengambil maklum, pelajar yang memohon semasa sistem  permohonan kursus semester tambahan dibuka sahaja dibenarkan untuk  mengakses sistem ini. 

Segala kerjasama dan perhatian semua, didahulukan dengan ucapan terima kasih. 

Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar 

Bahagian Pengurusan Akademik (AMD) 

Pusat Pengurusan Akademik 
T
el : 04-9414065/4056/4059

 

 

Sila rujuk lampiran di sini: https://drive.google.com/file/d/19o6fjeaf2hng3tkoHtfNtA1-MOZF-8sQ/view?usp=sharing