Kepada : Semua Pelajar Program Diploma UniMAP

 

RALAT : DRAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SIDANG AKADEMIK 2022/2023 PROGRAM DIPLOMA 

 

Merujuk kepada perkara diatas.

 

2.    Bersama-sama ini dilampirkan Draf Jadual Waktu bagi Peperiksaan Akhir Semester 2, Sidang Akademik 2022/2023 untuk perhatian dan rujukan semua pelajar.

       

3.    Mohon kerjasama kepada semua pelajar supaya dapat menyemak dengan betul bahawa setiap kursus yang didaftarkan dan melibatkan peperiksaan akhir secara bersemuka telah dijadualkan. Bantahan adalah hanya kepada kursus yang bertindih pada masa yang sama sahaja. Bantahan boleh dihantar kepada Unit Peperiksaan dan Pengijazahan, dengan sokongan Penyelaras Kursus yang terlibat kepada (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) selewat-lewatnya pada 29 Mac 2023 (Rabu) sebelum jam 4.00 petang.

      

4.    Mohon untuk mematuhi tarikh yang telah ditetapkan untuk memberi maklumbalas draf jadual waktu ini. Maklumbalas yang lewat dari tarikh yang telah ditetapkan tidak akan diterima. Ingin diingatkan bahawa, ini adalah draf jadual waktu. Segala tarikh dan masa yang tertera boleh berubah sehingga jadual waktu akhir dikeluarkan.

     

5.    Draf ini juga boleh disemak melalui Portal Pelajar dan emel setiap pelajar. Kerjasama dan perhatian dari semua pelajar amat - amat kami hargai.

 

Sila rujuk lampiran di sini: https://drive.google.com/file/d/1Om_X6yENDu83Dw2j_x5nXsoR_wsoW1io/view?usp=share_link

      

Sekian. Terima kasih.