PERMOHONAN KURSUS SEMESTER TAMBAHAN SIDANG AKADEMIK 2022/2023 SECARA DALAM TALIAN BAGI PELAJAR PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 


KEPADA: SEMUA PELAJAR DAN STAF UniMAP HEBAHAN PERMOHONAN KURSUS SEMESTER TAMBAHAN SIDANG AKADEMIK 2022/2023 SECARA DALAM TALIAN BAGI PELAJAR PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN UniMAP

 

Merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa akses permohonan kursus Semester Tambahan Sidang Akademik 2022/2023 akan dibuka kepada pelajar program Diploma Kejuruteraan UniMAP yang layak sahaja.

3. Sistem permohonan ini akan dibuka kepada pelajar pada 30 Januari 2023 (Isnin) hingga 05 Februari 2023 (Ahad), jam 9.00 pagi. Permohonan kursus boleh dilakukan melalui laman web berikut: https://osi.unimap.edu.my.

4. Mohon ambil maklum, pelajar yang memohon dalam tempoh sistem ini dibuka sahaja akan DIBENARKAN untuk mendaftar semasa tempoh pendaftaran kursus Semester Tambahan dibuka.

Segala kerjasama dan perhatian semua, didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar
Bahagian Pengurusan Akademik (AMD)
Pusat Pengurusan Akademik Tel : 04-9414065/4056/4059