PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER TAMBAHAN SIDANG AKADEMIK  2025/2026 SECARA DALAM TALIAN BAGI PELAJAR PROGRAM DIPLOMA  UniMAP  

Merujuk kepada perkara di atas. 

2. Dimaklumkan bahawa akses pendaftaran kursus Semester Tambahan akan  dibuka kepada pelajar program Diploma UniMAP yang telah membuat  permohonan kursus melalui Sistem Permohonan Kursus bagi mengikuti Semester  Tambahan Sidang Akademik 2025/2026. 

3. Sistem pendaftaran kursus secara dalam talian ini akan dibuka kepada pelajar  mulai 09 Mac 2026 (Isnin) hingga 15 Mac 2026 (Ahad), jam 9.00 pagi. Pendaftaran kursus boleh dibuat melalui laman sesawang berikut:  https://osi.unimap.edu.my

4. Untuk makluman, hanya pelajar yang telah membuat permohonan semasa  Sistem Permohonan Kursus Semester Tambahan dibuka sahaja dibenarkan untuk  mengakses sistem ini. 

Segala kerjasama dan perhatian semua didahului dengan ucapan terima kasih. 

Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar (UKRP) 

Bahagian Pengurusan Akademik (AMD) 

 

Pusat Pengurusan Akademik