APLIKASI TEORI DALAM KAJIAN MEDIA

Aplikasi Teori dalam Kajian Media adalah sebuah buku ilmiah hasil daripada penelitian empirikal yang dilakukan terhadap pelbagai isu teori dalam kajian media dewasa ini. Penerbitan buku ini bertujuan untuk mengaplikasikan teori, instrumen dan tatacara pelaksanaan kajian media melalui penggunaan kaedah kuantitatif atau kualitatif. Kandungan buku ini mengandungi empat bahagian yang berkaitan pengaplikasian teori media dalam kewartawanan, perfileman, penyiaran dan periklanan. Perbincangan empat bahagian ini diperincikan dengan isu media, teori, kaedah kajian, prosedur pengumpulan dan penganalisaan data serta perbincangan hasil kajian. Adalah diharapkan pembaca mendapat manfaat daripada isu-isu yang dihidangkan oleh para penulis yang terdiri daripada pelbagai latar belakang disiplin ilmu media.

APLIKASI TEORI DALAM KAJIAN MEDIA