Thursday 27 February 2025, 09:00am - 12:30pm
Hits : 78
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum, Salam Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan UniMAP dan Salam Malaysia Madani
YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENGHADIRI TAKLIMAT PERCUKAIAN OLEH LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN) PERLIS TAHUN TAKSIRAN 2024
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Bendahari dengan kerjasama LHDN Perlis akan menganjurkan satu Taklimat Percukaian bertajuk “Rahsia Jimat Cukai / e-Filing BE bagi Tahun Taksiran 2024”. Taklimat ini diadakan bagi tujuan memberi pendedahan yang lebih terperinci kepada pembayar cukai berkaitan maklumat cukai pendapatan yang terkini.
3. Oleh itu, Jabatan Bendahari berbesar hati ingin menjemput YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri taklimat tersebut seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 27 Februari 2025 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Auditorium, Aras 1, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin
3. Sehubungan dengan itu, mohon YBhg.Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/ Puan untuk mencalonkan antara 5-10 orang staf bagi setiap PTj untuk turut hadir sama ke taklimat ini. Pihak kami mencadangkan wakil-wakil staf yang akan hadir adalah dalam kalangan mereka yang dikenakan cukai. Bersama-sama ini dilampirkan borang maklumbalas kehadiran untuk tindakan semua PTj. Maklumbalas ini perlu dikemukakan semula ke email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sebelum jam 12.00 tengahari, 21 Februari 2025 (Jumaat).
4. Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan / maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Pentadbiran, Jabatan Bendahari di talian 04-9414021. Semoga dengan kehadiran YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan akan menyerikan lagi majlis ini.
Nota : Kehadiran akan dikira sebagai satu (1) hari berkursus.
Mohon rujuk lampiran disini : https://drive.google.com/drive/folders/1ESK_eBpsc_DOGE6NHuZWR-Arc0MFMo6j?usp=drive_link
Sekian. Terima kasih.
--
“MALAYSIA MADANI”
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
'Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan'
Saya yang menjalankan amanah
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA,
PENGURUSAN DASAR & STRATEGIK
JABATAN BENDAHARI
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)