Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) akan menganjurkan Daurah Fiqh Sunnah Wanita, Musafir Wanita Masa Kini : Panduan Sunnah & Doa Perlindungan pada butiran seperti berikut:
Tarikh & Hari : 06 Februari 2025 (Khamis)
Masa : 09.00 pagi - 12.00 tengahari
Penceramah : Prof. Madya Dr. Roshimah Shamsudin
3. Sehubungan itu, Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) berbesar hati menjemput YBhg Datuk/Dato'/ Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk hadir ke program ini. Semoga dengan kehadiran YBhg.Datuk/Dato'/ Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan akan menyerikan program ini. Bersama -sama ini disertakan poster program untuk makluman dan rujukan YBhg Datuk/Dato'/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan. Kehadiran Staf akan direkodkan sebagai 1 mata CPD.
Perhatian dan kerjasama semua dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Mohon rujuk lampiran disini : https://drive.google.com/
Sekian.
“MALAYSIA MADANI”
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
"Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan"
Saya yang menjalankan amanah,
Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN)
TEL : 04-9414229