Event & Aktiviti


Notice: Undefined variable: yearslist in /home/web2016/public_html/components/com_jevents/libraries/jeventshtml.php on line 144

Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/web2016/public_html/libraries/cms/html/select.php on line 592
UniMAP BBC WEBINAR: INTRODUCTION TO BIOSAFETY
Friday 22 March 2024, 09:00am - 10:00am
Hits : 86
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI UniMAP BBC WEBINAR: INTRODUCTION TO BIOSAFETY

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Jawatankuasa Biokeselamatan dan Biosekuriti UniMAP (UniMAP BBC) dengan kerjasama George Mason University akan menganjurkan UniMAP BBC Webinar: Introduction to Biosafety seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 22 Mac 2024 (Jumaat)
Masa : 09.00 pagi - 10.00 pagi
Medium : Dalam Talian (Google Meet)

Penyertaan terbuka kepada semua staf dan pelajar yang terlibat dalam aktiviti penyelidikan yang berhubungan dengan bioteknologi moden

Pautan Pendaftaran : Webinar UniMAP BBC 2024: Introduction to Biosafety

3. Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Dato'/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan dijemput untuk menyertai webinar tersebut dan e-sijil akan disediakan kepada peserta. Mohon maklum balas yang telah lengkap diisi untuk dikemukakan kembali kepada pihak urus setia melalui e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. pada atau selewat-lewatnya 21 Mac 2024 (Khamis) sebelum jam 04.00 petang. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan, pihak tuan/puan boleh menghubungi pejabat COSHE di talian 04-941 4300.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Sila rujuk lampiran disini: Webinar UniMAP BBC 2024: Introduction to Biosafety

“MALAYSIA MADANI”


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

'Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan'


Saya Yang Menjalankan Amanah,
Urusetia
Latihan & Kompetensi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Pusat Pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (COSHE)
Universiti Malaysia Perlis.
Laman sesawang : https://coshe.unimap.edu.my/index.php/ms/latihan/ms/latihan